Terima Kasih Hospital Dungun
Telah banyak aku dengar cerita cerita yang kurang menyenangkan bila bawa isteri untuk bersalin dihospital kerajaan. Lebih lebih lagi bila hospital daerah yang kecil seperti di Dungun ini. Sebelum kami berpindah ke sini, ibu bersalin di KK. Hospital kat sana besar dan agak tidak adil kalau nak banding dengan hospital daerah seperti Dungun. Jadi, expectation kami hanyalah untuk menerima layanan yang paling minima berbanding sejarah sebelum ini dihospital yang lebih besar.

Kami disambut oleh makcik pengawal dengan senyuman dalam keadan terkejut pada pukul 5.00 pagi bila aku beri salam dan tunjukkan segala dokumen berkenaan rekod pregnansi ibu padanya. Aku minta dia tengok tengokkan anak aku yang tiga orang dalam kereta bila aku terpaksa kena ikut ibu untuk buat pendaftaran kat dalam. Dalam lima minit selepas jururawat kat situ check rekod dan dokumen yang ada, dia beri satu surat untuk buat pendaftaran di satu kaunter dibahagian depan hospital.
Bila aku masuk balik lepas buat pendaftaran, ibu dah dibawa masuk untuk pemeriksaan awal sebelum bersalin. Namun, seorang jururawat beritahu aku yang ibu akan ditempatkan di wad kelas 2, sebab kat situ tak ada wad kelas satu. Aku ok kan saja bila dia suruh aku bawa semua barang barang ibu yang kami bawa untuk dimasukkan ke wad tersebut. Bilik A2.
Beberapa kali aku menjenguk ke dalam untuk lihat kalau kalau ibu dah keluar dan masuk ke biliknya. Makcik pengawal suruh aku masuk kedalam untuk lihat, tapi aku yakin yang ibu masih belum keluar. Bila hampir pukul lapan pagi, aku minta kebenaran lagi kat makcik pengawal tu untuk tengok kalau kalau ibu dah keluar. Tapi, dia suruh aku tunggu sekejap dan dia telefon kedalam untuk tanya perihal ibu. Kat situ aku dah dapat info yang pada masa tu ibu baru bersalin dan dalam proses rawatan terakhir kat labour room. Hati aku mula tenang.
Selepas bawa anak anak bersarapan, kami datang balik ke hospital. Bila nampak aku dengan anak anak, pengawal tu panggil balik dan bagitau yang ibu dah ada kat bilik. Aku boleh masuk untuk tengok baby baru aku.Pengawal tersebut ikut dari belakang dan jenguk kat pintu wad sambil ucap tahniah dia bertanya baby lelaki atau perempuan.
Selepas mengiqamahkan baby, satu jururawat masuk ambil baby untuk diberi suntikan BCG. Dengan bacaan bismillah dia angkat baby dan bawa keluar. Bila dah siap, dia masuk balik dan sekali lagi dengan bacaan bismillah dia letak balik baby. Tenang rasa jiwa aku.
Keesokannya, bila kami nak uruskan proses nak keluar dari wad, layanan yang diberikan juga sentiasa dengan senyuman. Satu jururawat menyediakan semua dokumen untuk pendaftaran kelahiran serta diterangkan sekali apa apa dokumen lain yang perlu dibawa. Di sediakan juga disitu surat pengesahan isteri bersalin untuk aku lampirkan bila nak isi borang cuti nanti. Last sekali dia pesan beberapa benda, termasuk suruh beri susu badan.
Mungkin ada sesetengah yang lain akan mengharapkan layanan dan perkhidmatan yang lebih baik sewaktu berada di wad. Tapi bagi aku dan ibu, perkhidmatan dan layanan yang diberi adalah memadai memandangkan ada ramai lagi orang lain yang mereka turut sama melayan dan merawat dengan cara yang sama.
Sebelum keluar dari situ, aku ucapkan ribuan terima kasih pada jururawat yang ada kat situ serta terima kasih juga kat makcik pengawal yang mengesahkan baby yang dibawa keluar adalah baby kami dengan memeriksa tag pada ibu dan baby.
Terima kasih sekali lagi pada semua jururawat dan kakitangan wad bersalin Hospital Dungun.
Artikel Yang Berkaitan
» Ruang belakang wad bersalin Hospital Dungun
» Warganegara
» Pesakit luar
» The Camping
» Radio Frequency kat Dungun
» Minyak Masak Pulak
» Tahniah, That MAMPU thing.
» Anak Perempuan Pertamaku

















Terima kasih kepadaNya keranaNya bertambahlah umat nabi Muhammad S.A.W
Tahniah buat mazudi.
3 August 2008 : 9:37 am
kadang2 kita sceptical dengan perkhidmatan di bangunan kerajaan. namun aku rasa itu hanyalah segelintir sahaja. ramai lagi pekerja2 yang bagus di sana kan. hehe
3 August 2008 : 1:53 pm
alhamdulillah, semuanya berlaku dgn lancar tanpa tekanan. yerlah x semuanya yg x elok kan?
bila agaknya ada peluang nak iqamat uhuhu
3 August 2008 : 2:28 pm
bagi aku setiap orang ada pandangan masing² berdasarkan pengalaman yg pernah mereka alami. aku kira ko bernasib baik .
3 August 2008 : 5:18 pm
@wanhamery
Syukur. Terima kasih.
@KNizam
Mungkin aku jga begitu. Tapi kali ni aku rasa agak selesa.
@megat
Alhamdulillah.
haha.. akan tiba masanya tu.
@penyubiru
Mungkin juga aku bernasib baik. Mungkin jugak aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk menerima layanan yang lebih istimewa.
3 August 2008 : 6:37 pm
Wah! Hamdallah..
Tahniah buat bro sekeluarga
4 August 2008 : 12:51 am
apa namanya puteri itu?
4 August 2008 : 4:46 pm
@akirasuri
Terima kasih.
@pinatbate
huhu.. namanya ALEESYA QISTINA
4 August 2008 : 6:50 pm
salam,
mazudi.tahniah bertambah sorang lagi penyeri rumahtangga.diam x diam dah 4 dah ko yek.x terkejar den.
bertuah la ko dilayan dgn begitu baik.ikut nasib sebenonya.ada member aku bersalin kt hospital swasta pun, kena marah dgn nurse.sakan lak tuh.
apa2 pun tahniah sekali lagi dri kami sefamili.
5 August 2008 : 10:28 pm
tahniah bro… pada pendapat saya… tak kan mengambil port kalau orang memberi pendapat negatif. Kita mulakan dengan positif… so insya allah takkan jadi apa-apa… Kalau negatif mesti bersebab… paham-paham lah yerk… Tapi sebagai umat islam… ingatlah satu perkara… Yakin kepada Allah, maka yakin lah kita kepada qada dan qadar…(salah eja minta maaf)
apa-apa hal.. tahniah ya bro…
14 August 2008 : 11:42 pm
tahniah.. tp sesungguhnya anda diantara yg bernasib baik menerima layananan OK dr spital dungun huhuhu.. kalau reputasinya ckup bagus maka takda pulak berita berita negatif. Allah saja la yg maha mengetahui.
17 August 2008 : 1:15 am