Nasi Dagang Dungun, Terengganu

Kalau kalian datang ke Terengganu, menjadi satu kewajipan untuk kalian merasa nasi dagang Terengganu. Biasanya nasi dagang ni dihidangkan sebagai sarapan pagi kat sini. kebanyakan warung dan kedai makan kat Dungun ni, bila kalian masuk untuk bersarapan, akan ada nasi dagang yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Satu keunikan yang ada padanya disamping menggunakan gulai ikan tongkol sebagai lauknya serta ditambah dengan acar timun. Harganya dikala semua harga barang naik ni secara puratanya ialah RM2.50.
Kalau kalian rajin nak masak nasi dagang, ini adalah resepi untuk buat nasi dagang Terengganu.
Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup RasaBahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu
1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup RasaCara-cara Membuat Nasi Dagang:
Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.
Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:
Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu
Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orang
1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganuresepi dari : mesra.net
Selamat mencuba ya puan puan.
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
![]() |
» Sarapan nasi dagang kedai pakcik » Sejarah Awal Dungun » Bumbung Terengganu » Barang Dah Sampai » Sekitar Open House |






11 August 2008 | 7:30 am |
3223 pembaca.



1378  
711
138816
teringinnya nak gi Terengganu.. insya-Allah la ada rezeki nanti.. nak ‘jalang-jalang makang anging’ ;p
[Jawab Komen Ini]
11 August 2008 : 3:32 pm
pekh. teliur ku ngingatnye. kat kl neh susah nak jumpe huhuhu.
[Jawab Komen Ini]
11 August 2008 : 4:01 pm
teringat terengganu ingat nasi dagang!
sudah lama aku tidak balik kg di terengganu semenjak atok aku meninggal di kg losong. kini hanya tinggal sedara mara adik beradik bapak aku.
hari sabtu baru ni ada jemputan pakcik aku diterengganu tapi sayangnya aku tak dpt hadir kerana keadaan kesihatan aku. yang hadir cuma orang tua aku.
topik menarik beserta resepi.
[Jawab Komen Ini]
11 August 2008 : 5:44 pm
aku tak suka sangat dgn nasi dagang tapi aku suka nasi kerabu. tapi aku respek kau dah jadi tukang memberi resipi masakan lak. caya ar… nanti boleh aku try resipi ni pastu jemput kwn2 aku makan…
[Jawab Komen Ini]
11 August 2008 : 9:48 pm
cikgu mazudi, saya akan berada di Terengganu 15-18hb ni
[Jawab Komen Ini]
12 August 2008 : 12:25 am
Woh. Ini feveret saya bila ke Terengganu. Trimas atas resipinya. Boleh la cuba nanti. Hehe.
[Jawab Komen Ini]
12 August 2008 : 3:15 am
@achik
Meh laa gi ganung.
@ad3ck
Bukan semua benda ada ker kat KL
@megat
ooo.. susur galur dari Ganung rupanya.
@aeropama
Sejak isteri bersalin ni kena pandai cari resepi nak masak weh…
@amnbakish
yer ker? Kursus ke apa? Ker makan angin kat sini. time cuti sekolah tu kan?
@aTiQah
Sama sama.
Tapi ini resepi untuk 8 orang tau…
[Jawab Komen Ini]
12 August 2008 : 8:32 am
ho ho..nasi dagang. ngko telah membuat air liur aku meleleh mazudi..lama aku tak pekena nasi dagang, last makang pung, mak aku kirimkan kat adik aku bulan 4 yang lalu…
tapi kan, untuk membuat kuah nasi dagang, kalau guna rempah biasa cam adabi ker babas ker confirm tak jadi… kuah nasi dagang, dia orang guna rempah tempatan yang memang khas untuk nasi dagang..kat pasar dungun ada jual..tak silap aku rempah cap bunga rose.
Kuah nasi dagang, makin dihangatkan makin sedap
[Jawab Komen Ini]
12 August 2008 : 9:48 am
saya bawa pasukan sekolah saya bertanding tarian, wakil Perak. Terengganu jadi hos Kebangsaan. Datanglah lawat kami di sana
[Jawab Komen Ini]
12 August 2008 : 10:15 am
lapar la plak…. alahai~
[Jawab Komen Ini]
12 August 2008 : 9:07 pm
aduhh! ko nie bukan tak tau aku nie pantang sebut nasi dagang.apatah lagi ko taruk gambor trademark nasi dagang.kecur air liur aku dibuatnya.kat TRG je nasi dagang dibungkus cenggitu.(setahu aku la). kalu beli nasi dagang kat sini,dia bungkus dalam polisterine.tak syiok. nasi dagang! here i come! huhu..
[Jawab Komen Ini]
12 August 2008 : 9:57 pm
Baguslah ada resepi siap sekali…
Saya pun pernah ke Seberang Takir dan berpeluang menikmati nasi minyak ikan…itulah yg pertama kali dan mungkin terakhir…sebab di Johor ni tak ada menu tu…
Walau apa pun…nasi dagang memang best!
[Jawab Komen Ini]
13 August 2008 : 12:07 am
@Afzai Afandi
Balik la merasa nasi dagang yg original kat sini.
Pasal kuah tu, betulla, rasanya ada sesetengah bahan yg takder ni nyatakan kat resepi kat atas tu. Aku selalu nampak ada belimbing besi dalam periuk kuah nasi dagang kat sini.
@amnbakish
Rasanya time tu balik kampung la. Kebetulan budak cuti sekolah.
@rasso
lapar makan loo….
@penyubiru
Ya la. Kat tempat lain agak susah dah nak cari nasi dagang yg dibungkus dgn daun pisang ni. Pakai polisterin mcm dah hilang laa satu seni yg ada pada nasi dagang ni.
@Shila
thanx singgah sini.
Johor pun ramai org kelantan dan terengganu yg jual nasi dagang apa.
Tapi takder la seoriginal yg ada kat sini.
[Jawab Komen Ini]
13 August 2008 : 1:07 am
Apa da… Siap tumpah2 lagik… Hu3.
[Jawab Komen Ini]
13 August 2008 : 10:11 pm
menyelerakan bang.. daun pisang lagi tu..
[Jawab Komen Ini]
15 August 2008 : 12:03 pm
cukup tak tu…?
[Jawab Komen Ini]
17 August 2008 : 6:15 pm
Salaam saudara
Walaupun saya dah lama diperantauan, dah 35 tahun, hati masih tetap di Dungun. ‘Link’ terakhir saya dengan Dungun – mak saya – baru meninggal bulan Mei. Jadi sekarang takder sapa dah kalau balik Dungun pun, hanya tinggal ziarah pusara mak, ayah, tok ajalah.
Malu nak mengaku, tapi realitinya makan nasi dagang suka sesangat, buat tak reti..lol. Since dah ada resepi kena cubalah nampaknya. Satu permintaan saya, kalau ada resepi SATAR, suka gak. Tu lagi satu my favourite food.
TQ dan Wassalam..
[Jawab Komen Ini]
19 August 2008 : 8:57 am
Assalamualaikum Encik Mazudi,
Bila surf topik nasi dagang..banyak info yang kuar…saya tak baca semua
sebab tak de yang serupa dgn nasi dagang masa saya kecik dulu…
Bila bukak blog u..saya terpandang nasi dagang yang dibungkus dengan daun
pisang bentuk kun…ini memang sgt tradisi…
U akan rasa keenakan nasi + bau daun pisang..yang begitu klise…
I wish I can come back to my chilhood memories….
Luv!
[Jawab Komen Ini]
23 August 2008 : 4:54 pm
Wahhh Bila tengok nasi dangang di bungkus macam tu, dalam kepala aku ni teringat kuah dia yg di letak kan dalam botol nescafe…..fuuu best best…….
[Jawab Komen Ini]
10 September 2008 : 2:47 pm
Salam… Dah cuba dah resepi nie… Memang best.. Menjadi pulak tu…. Tak sangka teiba pandai wat nasik dagang… Semua org puji.. Rugi kalau tak cube… ehehe….
[Jawab Komen Ini]
12 September 2008 : 8:15 am
layarilah kutupintartrg.blogspot.com
[Jawab Komen Ini]
13 October 2008 : 8:38 am
dah kawin ngan orang sebelah pantai timur ni, nak tak nak kenala belajar masakan mereka..bukan apa disamping boleh makan,boleh juga mengeratkan hubungan.tak gitu kengkawan??
[Jawab Komen Ini]
24 November 2009 : 1:06 pm
@3j: Gitu gitu.
[Jawab Komen Ini]
24 November 2009 : 5:40 pm