Bookmark and Share

11
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Tujuh Hari

22 August 2008 | 2:41 am  |   999 pembaca. Keluarga

Hari Selasa hari tu buat sikit kenduri kat kampung di Kelantan. Mereka panggil kenduri bercukur. Mak aku cakap adalah lebih afdal kalau buat majlis ni pada hari ketujuh selepas dilahirkan, tapi disebabkan sekolah masih belum cuti, jadi tak dapat la aku nak balik kampung. Ada beberapa prosedur yang lain yang agak menarik untuk dipaparkan sebelum dan semasa majlis bercukur tu dijalankan pada waktu tengah hari.

1. Pemilihan hari untuk majlis bercukur ni hendaklah dibuat pada hari ketujuh atau gandaan tujuh hari yang seterusnya, jika pada hari yang ketujuh yang pertama tu tak dapat dibuat. Kalau anak lahir pada hari Rabu, maka tujuh hari pertamanya ialah pada hari Selasa minggu yang berikutnya. Jika sekiranya, pada hari selasa minggu depan tak dapat dijalankan, ia hendaklah dibuat pada hari Selasa yang lain pada minggu yang keseterusnya.

2. Pelepas

Tak tau betul atau tidak istilah ni, tapi makcik yang buat ni dia namakan sedemikian. Aku agak blur bila ditanya nak buat pelepas ni sekali atau tidak, sebab aku tak tau pun apa sebenarnya benda ni. Memang makcik tu pun akui orang zaman sekarang tak tau pasal ni. Katanya, tujuan ritual ni dibuat adalah untuk menjauhkan penyakit pada anak dan ibu selepas bersalin.

Terdapat beberapa peralatan yang digunakan untuk pelepas ni, antaranya ialah benang mentah, syiling 20 sen, beras dan bedak. Duit syiling akan disimpulkan dengan benang mentah yang telah digaulkan bersama beras dan bedak, kemudian simpulan tu tadi ditarik sehingga duit syiling jatuh balik kedalam mangkuk beras tu. Benang mentah ni diikat dalam bentuk bulatan.

Dengan beberapa bacaan, benang tadi akan dilalukan kebadan ibu dan anak dari kepala sehinggalah keluar balik kat kaki. Ada beberapa kali jugak proses ini dibuat sehingga last sekali dia cakap, “lepaslah segala penyakit”.

Ini contoh benang mentah

Ini contoh benang mentah

3. Bersunat.

Aku tahu upacara bersunat untuk bayi perempuan ni adalah salah satu dari tuntutan dalam agama Islam. Upacara ni dilakukan selepas pelepas. Makcik tu menggunakan pisau lipat kecik 20sen tu untuk membuang sedikit daripada daging pada kemaluan baby aku. Dia mulakan dengan ucapan dua kalimah syahadah, kemudian lukakan sedikit, lepastu sapu dengan minyak gamat. Kesian tengok baby yang menangis kesakitan.

4. Majlis bercukur.

Kat sesetengah bahagian yang lain, ia dipanggil potong jambul. Majlis ni kami buat tengahari walaupun kebiasaannya dikampung kami ia dibuat selepas subuh. Imam dipanggil untuk menjalankannya.

Sebelum potong rambut, ada satu lagi acara yang dijalankan. Kami panggil “buka mulut”. Imam akan menyuapkan baby beberapa jenis makanan, kebiasaannya yang ada ialah, gula batu, garam, asam, buah kurma dan air zamzam. Selepas makan tersebut dihancurkan, baru ia disuap ke mulut baby. Last sekali, baby akan diberi minum air zamzam sebanyak tiga kali.

Qistina Tujuh hari - Buka Mulut

Qistina Tujuh hari - Buka Mulut

Bila dah habis “buka mulut”, baru imam akan potong sedikit dari rambut baby, di ikuti oleh dua orang yang lain. Orang yang lain ini biasanya orang tua tua kampung yang alim.

Qistina Tujuh Hari - Potong Rambut

Qistina Tujuh Hari - Potong Rambut

Selepas selesai potong rambut, kami akan berselawat beramai ramai sambil aku mendukung baby mengelilingi para tetamu yang sedang berselawat. Bila dah habis selawat, imam akan berdoa sambil meriba baby.

Bila dah habis baca doa oleh imam, barulah hidangan dibawa keluar. Begitulah adanya.


, , , , , , , , , , .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Ramai cuti ke?
» Hari hari terakhir sesi jul 2007
» Muhammad Faeiz Zaqwan a.k.a Angah dah masuk Tahun Satu Kat Sek. Keb. Pulau Serai
» TRUSMADI
» Hari pertama jaga exam sesi Julai 2009

Imej Imej Rawak

 

6 Komen untuk “Tujuh Hari”

  1. megat:

    ooo yg teruk dalam bungkusan ada macam-macam tu pelepas ke nama dia!? hu3. baru aku tahu.

    alhamdulillah dah selesai kenduri cukur jambul anak kau.

    [Jawab Komen Ini]

  2. pinatbate:

    Salam..
    Wah..dah selamat majlis Qistina yer…Kecuali’pelepas’majlis tu hampir sama dengan majlis yang biasa kami buat utk menyambut kelahiran empat orang anak-anak kami..

    [Jawab Komen Ini]

  3. Penoreh.Getah:

    comel anak kau bang.. alhamdulillah selamat sume

    [Jawab Komen Ini]

  4. aeropama dot com:

    serius bro… aku tak tahu lsg pasal benda ni semua. macam ni rupanya org wat majlis cukur jambul. banyak prosedurnya.

    yang aku tahu, dtg makan dan ambil gambar.

    [Jawab Komen Ini]

  5. SiddiQ:

    Tahniah Di..kawe baru tau, meraso jugok demo buleh anok tino.. Sukonyo ado baby girl, hehehe

    [Jawab Komen Ini]

  6. imi:

    bunga rampai?

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1472   717  239494
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 200 queries. 0.372 seconds