Hari Pertama Puasa Dalam Hidup
Anak aku yang sulung si Syafique semalam tetiba tak mau sarapan pagi sebelum gi sekolah. Nak puasa katanya. Si angah pun terikut ikut tak nak ambik breakfast. Aku tergelak dalam hati. Ok la tu, ada semangat nak cuba apa yang orang tua dia buat. Bila ambik dorang tengahari tu, aku tanya balik, tadi makan apa kat sekolah. Makan mi kecik katanya. Bihun la tu. Huhu. Kalian start puasa umur berapa? Maksud aku puasa penuh satu hari la. Yang separuh separuh tu tak yah la kira.
Aku start puasa masa umur aku lapan tahun, darjah dua. Time tu aku sekolah sebelah petang. Nak menambahkan lagi cabaran berpuasa aku, aku kena jalan kaki pergi dan balik sekolah melalui batas-batas sawah padi dibawah panas terik matahari.
Satu benda yang rasanya takleh nak control bila mula mula nak belajar puasa ni ialah macamana nak kawal air liur. Kengkadang bila dah lama lama tu, banyak pulak air liur yang terkumpul kat dalam mulut. Kena pulak time tu cikgu tengah mengajar. Terpaksa keluar kejap gi buang air liur kat dalam longkang di luar kelas. Punya la banyak dak tompok tompok air liur orang lain kat situ.
Ingat lagi hari yang aku puasa penuh satu hari hari tu. Punyala kebulur dan takder tenaga bila jalan balik dari sekolah tu. Sampai jer kat rumah, terus timba air perigi dan minum sepuas puasnya. Bila dah habis minum air mentah tu, baru teringat yang aku berpuasa. Mak aku cakap kalau terlupa minum air takper. So, aku pegang kata kata mak aku tu la. Sampai hari ni dia tak tau yang hari pertama aku puasa penuh dalam hidup aku hari tu aku ada minum air.
Itu la hari pertama aku puasa penuh dalam hidup aku dan itu jugaklah satu hari yang aku puasa tahun tu. ok la, kiranya boleh la aku beraya berbekalkan puasa yang satu hari tu. Selepas dari tahun tu, untuk tahun tahun yang berikutnya aku mula berpuasa penuh satu bulan bulan Ramadan. Alhamdulillah.
Syafique masih lagi menganggap dia berpuasa semalam.
Artikel Yang Berkaitan
» Jujur
» Flashback 2008
» Plastik
» TRUSMADI
» Hari pertama dirumah baru
» Kembara
» Dibawah Paras Minima
» Meeting

















hehe. syafique tak faham lagi konsep berpuasa tu. tapi semangat dah ada. baguslah.
11 September 2008 : 11:37 pm
aku dah tak ingat biler aku mula pose. yg paling tak tahan,bila perut lapar tara ingat punyer.godaan dari kekawan yg tak pose lagik.nie aku citer masa kecik² la.
12 September 2008 : 12:11 am
anak zino hazwan baru firstime puasa tapi so far tak ada masaalah ok je..
12 September 2008 : 6:01 am
…
alaa…penyu tu sbnrnya sampai sekarang macam tu gak… hihihhi..
…
12 September 2008 : 7:50 am
salam ramadhan..
12 September 2008 : 8:17 am
haha, anak aku kecik lagi. bila suap dier makan tengahari, sibuk suh makan sama. sib baik aku kuat iman. kalau x, nestum pun nestum lah aku telan.
12 September 2008 : 2:59 pm
anak aku yg sulong (5 tahun) dah mula belajar puasa.
bangun sahur. memula puasa setengah hari.
12 September 2008 : 8:04 pm
aku tak ingat dah bila mula puasa
13 September 2008 : 1:41 pm
umo 7 tahun.
mak bapak aku psiko
diorang tak bagi aku duk semeja dengan diorang masa buka posa.
diorang kata orang tak pose, tak leh buka…
14 September 2008 : 8:44 am
dulu masa aku start blaja pose umo 7tahun. mula-mula2 pose makan nasik…air bleh minum..huhuu..
14 September 2008 : 10:38 am
aku first puasa dulu.. tak ingat lah bila… umur 6 tahun kot.. ishk.. gila pelupa..
18 September 2008 : 11:40 am
salam..ummm hardly can remember bila start puasa penuh…darjah 3 kot..tapi pengalaman yg menyeronokkan..ehehe
20 September 2008 : 11:16 am