Bookmark and Share

13
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Masalah Mereka

3 December 2008 | 1:09 pm  |   800 pembaca. Pelajar

Sekarang dah masuk musim exam kat Politeknik. Pada masa masa terakhir macam ni la akan nampak macam macam masalah yang timbul dikalangan student yang berkaitan dengan hal hal akademik. Ada yang datang merayu mintak nak masuk exam bila attendant tak cukup, ada yang dulunya daftar masuk kelas lain tapi bila check slip masuk exam nama ada kat kelas lain, ada yang paper dah drop tapi kat slip masih ada paper tu.

Semalam terdengar cerita dari satu pensyarah.  Ada studentnya yang dah lama betul tak datang kelas. Tanya kawan kawan dia, mereka cakap dah berenti, tapi surat berenti tak buat. Nak tak nak kena juga cari student tersebut.

Dipendekkan cerita, dia pergi kerumah student tersebut.

Ibunya adalah isteri kedua pada seorang suami yang dah meninggal. Student tersebut adalah anak tunggal beliau. Disebabkan ibunya isteri kedua, dia tak dapat apa apa harta penginggalan dari arwah suaminya. Semua harta yang ada dapat pada isteri pertama. So, kehidupan mereka agak naif.

Bila sampai kat rumah dan bercerita tentang student tersebut yang dah lama tak datang kelas, ibunya terperanjat sebab pada anggapannya, anaknya cukup baik dan dia berbangga sesangat sebab anaknya dapat masuk politeknik. Jauh sekali dari sangkaannya yang anaknya ada masalah kat tempat belajar.

Telah habis segala barang kemas yang ada dijual semata mata nak biaya anaknya masuk belajar. Sekarang harapannya cuma satu, agar anaknya berjaya dan dapat hidup dengan lebih baik. Segala usaha yang dia lakukan sekarang semata mata agar anaknya itu dapat terus belajar.

Tidak ada apa yang mampu dilakukan oleh pensyarah tersebut. Pertama, student tersebut memang telah takder semangat nak belajar. Kedua, dah lama sangat dia ponteng so attendance memang takleh nak cover. Maka dia memang tak layak nak masuk exam dan tak dapat lagi nak sambung belajar.


, .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Siapa Yang Guna OpenID?
» Twellow : Twitter Yellow Pages
» Lepasan Politeknik di Universiti
» kesan penyambungan Internet yang perlahan di tempat kerja terhadap kelancaran tugas
» Kisah dugaan seorang sahabat yang sangat tinggi darjah kesabarannya [2]

Imej Imej Rawak

 

4 Komen untuk “Masalah Mereka”

  1. arsaili:

    salam..itulah student ni bermacam ragam….kita plak yg terover kesian tengok ibu bapa bergolak bergadai…kesedaran sepatutnya ada dalam diri sendiri..pendidik pula hanya mampu mengingatkan sahaja…banjir tak kat sana?

    [Jawab Komen Ini]

  2. zino:

    nama pun student.. macam macam ragam hehe

    [Jawab Komen Ini]

  3. kamato:

    selalu jumpa student tu tak minat belajar, bila tanya katanya mak bapak suruh masuk

    [Jawab Komen Ini]

  4. kamato:

    salam tuan pensyarah,
    tuan, saya merupakan pelajar dari politeknik.. saya nak tau, mcm mana cara pengiraan markah bagi setiap satu subjek dan peratusannya dll yg bkaitan.. maaf & terima kasih tuan.

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1384   712  147450
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 193 queries. 0.369 seconds