Bookmark and Share

15
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Flashback 2008

31 December 2008 | 10:41 pm  |   818 pembaca. Kehidupan

i.

2008  adalah satu permulaan baru dalam kehidupan kami semua. Berhijrah dari satu kehidupan yang agak selesa tetapi dibataskan dengan jarak yang terlalu jauh dari tanah kelahiran ke satu tempat yang baru tetapi dengan keselesaan yang agak sedikit kurang berbanding sebelumnya.

Sekarang kami dah macam agak boleh adapt dengan kehidupan yang agak rural kat Dungun ni. Kalau dulu selalu gelisah bila tiba masa nak shopping barang keperluan, tapi sekarang dah mula belajar untuk dapatkan apa yang boleh dapat kat sini saja.

Kerja. Dah dua semester kat sini. Segalanya agak lancar. Bermula dengan seorang yang langsung tidak diketahui keujudannya, tapi sekarang, sekurang kurangnya dah ramai taulan dari jabatan yang sama dikenali. At least, boleh keluar minum pagi dengan sapa sapa saja dah sekarang.

Keluarga. Kami dianugerahkan dengan seorang lagi ahli baru dalam famili. Aleesya Qistina. Dah masuk lima bulan dah dia semalam. Anak dara pertama  dalam keluarga kami.

Along dah habis belajar kat PASTI. Tahun 2009 adalah tahun pertama dia masuk sekolah darjah satu. Sejak minggu lepas, bila bangun pagi, “Ayah, hari ni sekolah ker ayah?” Sampai tahap nak marah pun ada bila setiap masa bertanya soalan yang sama.

Ibu juga dah dapat juga balik ke kampungnya kat Tawau. At least sekali setahun pun ok laa. Dia balik sewaktu hari raya haji hari tu bawa Qistina sekali sebab atuknya kat sana nak tengok.

ii.

Tak ada apa apa pengharapan yang baru untuk 2009.  Cuma biarlah kami mampu untuk terus hidup seperti biasa macam sekarang. Segalanya dalam hidup aku rasanya dah cukup.

Tahun depan target dapat beli rumah sendiri untuk kami semua kat sini. InsyaAllah.

iii.

Image  yang aku suka untuk tahun 2008.

1. Hari Pertama Di Rumah Baru (01.01.08)

Gambar pertama rumah yang kami tinggal sekarang.

2. Lihat Ombak (01.02.08)

Along selalu cerita pasal KK bila sesekali singgah kat Pantai sini.

3. Tanjung Jara (06.04.08)

First foto shot yang serius buat kat Dungun

4. Taman Teluk Lipat (09.05.08)

Ini la antara tempat yang kami selalu lepak satu famili bila petang hari minggu

5. Imej imej pegun sekitar Dungun (28.06.08)

Kompilasi beberapa imej yang sempat diambil sekitar Dungun

6. Anak Perempuan Pertamaku (30.07.08)

Qistina yang baru 4 jam lahir selepas  keluar dari labor room.

7. Rumah Tukang Urut kat Batu 5,  Dungun. (06.08.08)

Teringat kat Makcik Tukang Urut yang ni, rumahnya takder karan.

8. Alien Ben-10 (24.09.08)

Kami berkampung tepi bangunan ni 4 jam dalam bulan puasa sementara tunggu ibu gi beli baju raya untuk semua. Beli alien ni buat pujuk anak anak supaya leka tak nangis.

9. Minggu baru tema baru (07.11.08)

Bulan 11 aku dipenuhi dengan outstation meeting. Ini kat Locus Hotel, PD.

10. From Room 611. (26.11.08)

Dalam bulan ni saja dua kali turun KL. Ini kat Quality Hotel.

11. Melukis Hari Aids Sedunia (19.12.08)

First time Along dan Angah masuk pertandingan mewarna. Along dapat hadiah no. 5

Selamat menyambut tahun baru 2008 masehi


, .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Anak Perempuan Pertamaku
» Imej Imej Pegun Sekitar Dungun
» Warnakan Gmail
» Firefox Add-ons : Feedly
» Laskar Pelangi : Nostalgia Zaman Sekolah Era 70an

Imej Imej Rawak

 

4 Komen untuk “Flashback 2008”

  1. zino:

    selamat tahun baru.. semuga tahun 2009 lebih ceria lebih rezeki lebih segala2nya.. amin..

    [Jawab Komen Ini]

    mazudi Reply:

    Selamat tahun baru jugak untuk Zino

    [Jawab Komen Ini]

  2. che-mie:

    tahun 2008 adalah tahun yang berjaya buat awak

    tahniah

    [Jawab Komen Ini]

  3. roshaizul:

    belum terlambat kiranya untuk aku mengucapkan selamat tahun baru dan maal hijrah.

    *kena kije pulak ini hari. jadah betul la

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1472   717  239396
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 198 queries. 0.421 seconds