Dungun to Ipoh : The Route
Sebenarnya tak pernah lagi travel dari Dungun ke Ipoh. Even last sekali aku sampai ke Ipoh pun tahun 1998 dulu, time study. Hari ni, sebab ada kursus aku Ipoh, aku kena travel lagi. Perjalanan dia ambik masa enam jam jugak. Bukan aku yang drive, tapi pakai driver jabatan.
Start dari Dungun jam 9.00am, ambil jalan Tok Kah, actually ada jalan yang lebih selesa, iaitu jalan Dungun – Bukit Besi, tapi sebab rumah aku dekat dengan jalan Tok Kah, so driver terus ikut sini.
Jalan ni dia keluar kat Jerangau, pastu masuk ke Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kami berenti breakfast kat Kuala Berang. Dari Kuala Berang, ambik Jalan ke Kota Bharu sehinggalah jumpa simpang ke Tasik Kenyir. Pastu masuk Jalan Tasik Kenyir ni. Jalan ni agak selesa jugak pada awal awal, tapi bila dah masuk dalam 30KM gitu, jalan dia agak berlubang lubang dan bengkang bengkok. Jalan ni dalam hutan, dan langsung takder rumah orang.
Jalan tu akan keluar kat Gua Musang, Kelantan. Kami sampai sini tadi dah pukul 12.30pm gitu. Driver berenti kejap ambik angin dan masuk toilet. Seterusnya, dari Gua Musang ambik jalan ke Cameron Highland. Dari Gua Musang ke Cameron ni, kalau tak silap ada dalam 90KM jugak kot. Jalan dia agak besar, tapi dalam 30 KM pertama tu banyak lori balak. Kena berhati hati jugak dengan tanah runtuh. Kat sini cerun dia agak tinggi tinggi jugak ni.
Lebih kurang dua jam baru sampai Lojing, pastu sampai Cameron. Dari Cameron, jalan terus lagi dan akan keluar kat Simpang Pulai. Bila dah sampai Simpang Pulai ni, dah tak jauh lagi dah dengan Bandaraya Ipoh, dalam 20KM gitu kot.
Kami sampai kat Hotel Tower Regency, Ipoh dalam pukul 3.00pm. Kiranya, enam jam jugak la travel. Itupun berenti dua kali, kat Kuala Berang sekali, pastu kat Gua Musang kejap.
|
Ipoh, travel. |
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
| » Soo Ipoh » Dungun Dikala Malam » TRUSMADI » Tagged by Dungun.Net » Pasar Dungun |






3 November 2009 | 12:01 am |
401 pembaca.

1380  
711
141855
salam Marchey……
entah mcmana Allah gerak hati buka blog…cari punya cari dah pindah ke sini….semoga sukses…Ipoh dah sampai..mai la langsung ke Sg Petani…lagi 180km je..2 jam sampai la.
W/Apapun tahniah…seronok gak jadi org gomen ni….leh travel sana sini..ada driver lagi…
Ya Allah Engkau selamatkan perjalanan sahabatku ini,mudahkanlah urusannya,murahkanlah rezqiMu keatasnya…kenangan aku dengannya hampir 2 dekad yang lalu…Engkaulah Yang Maha Mengetahui…Engkau Allah Maha Agung Lagi Maha Kaya….Amin.
Semoga panjang umur kita ketemu lagi…salam ziarah
[Jawab Komen Ini]
4 November 2009 : 12:42 am
@matki
Tq sbb termasuk jugak dalam blog aku. Tak sempat la nak gi sungai petani, lagipun aku menumpang jer ni.
Nanti boleh email aku kat mazudi[a]gmail.com. Banyak nak cerita dgn demo nih.
[Jawab Komen Ini]
4 November 2009 : 9:29 am