Radio?Sure: Pemain Internet Radio Percuma
Radio?Sure adalah satu aplikasi pemain radio internet yang boleh didapati dengan percuma, freeware beb. Aku lebih suka dengan pemain radio ini kerana ianya lebih ringan berbanding radio player yang lain.
Terdapat ribuan radio station yang telah dipasang bila anda download aplikasi ini. Selain dari bilangan radio station yang banyak untuk anda pilih, anda juga boleh menambah radio station yang baru.
Salah satu kelebihan yang ada pada Radio?Sure ni ialah kemampuan untuk merekod audio dari station yang ada, malah anda boleh rekod lebih dari satu radio station dalam satu masa.
Sesuatu aplikasi mungkin akan nampak tak best sekiranya kita tak boleh untuk tukar skin mengikut theme yang kita nak. Terdapat banyak skin yang dikongsi oleh pengguna aplikasi ini dan anda boleh download dengan percuma, walaupun ada juga yang anda perlu beli.
Berikut beberapa features yang ada pada Radio?sure yang diperolehi dari website merekan:
- More than 12000 of stations in the package
- Supports most of the internet radio formats – mp3, wma, ogg vorbis, aac+ and so on
- Quick and reliable search for your favorite radio stations
- Smooth switching between stations including crossfade effect
- Recording what you are listening to and packaging it into separate song files
- Simultanious recording of multiple stations
- Automatic checking for software and radio stations updates
- Command line parametes for automatization
- Runs on Windows XP and Vista 32 and 64 bit
- UNICODE support – all domestic stations are perfectly visible and searchable
Radio?sure Website : http://www.radiosure.com/
Download Page : http://www.radiosure.com/download/
Skin Page : http://www.radiosure.com/skins/
Berikut pula beberapa radio station online popular dari Malaysia yang aku jumpa. Kalau ada sesiapa yang ada link untuk lain lain radio station, anda boleh konsi pada bahagian komen
- THR Gegar : mms://rs5.radiostreamer.com/amp_thrg
- Suria FM : mms://kl.cdn.tm.net.my/suriafm
- KLFM : http://mfile.akamai.com/24752/live/reflector:56151.asx
- RED FM : http://75.125.106.155:9000/
- HOT 104 : mms://ucitv2.uthm.edu.my/radio5
- AsyikFM : http://bkj-station1.jaring.my/asyikfm
- Klasik Nasional : http://mfile.akamai.com/24752/live/reflector:50934.asx
- Traxx fm : mms://bkj-station1.jaring.my/traxxfm?MSWMExt=.asf
- Sinar.fm : mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_SINAR
- ERA FM : mms://rs5.radiostreamer.com/amp_era
- MUZIK.FM : http://mfile.akamai.com/24752/live/reflector:50546.asx
Untuk tambah radio station yang baru anda cuma perlu klik kanan pada senarai station dan pilih “Add New Station”, masukkan URL diatas pada bahagian “Source URL”.
Skin yang aku gunakan ialah “SmoothOperator”. Untuk tukar Skin, Klik Kanan, pilih “Option”, dan pilih tab “Advance”. Anda perlu download skin dan masukkan ke directory “skin” kat mana aplikasi ni anda pasangkan.
Enjoy!
|
freeware, online radio. |
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
|
» Radio Frequency kat Dungun » Lawak Sepol Apek » Che mie melayari internet » Nostalgia Netscape » Lima Cara Track Masalah Internet Traffic |





7 November 2009 | 2:07 pm |
171 pembaca.

1144  
683
1019663