Bookmark and Share

10
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Program Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) untuk lulusan politeknik

9 November 2009 | 1:06 am  |   1816 pembaca. Pelajar

 

Baru baru ni satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan empat buah universiti tempatan untuk menubuhkan Program Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Universiti tersebut adalal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Menerusi program ini, universiti tersebut akan memperuntukkan slot sebanyak 20 peratus kepada pelajar lulusan politeknik. Selain dari itu, proses pemindahan kredit untuk pelajar politeknik ini juga akan lebih dipermudahkan lagi. Ini akan memberi peluang kepada pelajar memilih lebih banyak kepelbagaian kursus yang bersesuaian.

Jika dilihat pada senarai universiti yang menyertai program ini, semuanya boleh dikatakan universiti yang baru dan memang menjurus kepada pengajian teknikal. Namun dari pemerhatian saya, semuanya ada prestij yang tersendiri dan memang sesuai bagi pelajar lulusan politeknik dengan sistem pengajian yang ada sekarang.

Semoga dengan perkembangan ini semua lulusan teknikal di politeknik mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyambung pengajian mereka. Mungkin ada perbezaan dari segi syarat kemasukan antara lepasan sijil dan diploma. Walau bagaimanapun diharapkan lulusan sijil juga diberi peluang.

Selamat maju jaya.


, .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Tiga Politeknik Malaysia Di Naik Taraf Untuk Menawarkan Program Diploma Lanjutan
» Lepasan Politeknik di Universiti
» Sinopsis Program Diploma Politeknik Bagi Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf
» APC2004
» The Aircraft Paper Work

Imej Imej Rawak

 

5 Komen untuk “Program Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) untuk lulusan politeknik”

  1. kamato:

    Sesungguhnya program seperti itu membuka peluang yang luas kepada pelajar politeknik

    [Jawab Komen Ini]

  2. mazudi:

    Harap harap dorang ambik peluang ni dengan sebaik mungkin

    [Jawab Komen Ini]

  3. mohdisa:

    mtun da best choice for technical student. :)

    [Jawab Komen Ini]

  4. zul:

    universiti teknikal cam Utem sudah nak wujudkan (mungkin) asasi teknikal, jika semua universiti termasuk universiti teknikal wujudkan asasi teknikal, peluang student poly akan berkurang sebab ada saingan dari diploma,matrix, stpm,kolej swasta, asasi sains, asasi teknikl dll..

    [Jawab Komen Ini]

  5. mr.lapok:

    program ini memg bgus utk student lepsan poli..tp kalau ckp je lebih xguna gak..saya ni xstudent poli gak dulu..dpt msuk slh satu ipt teknikal..hrp2 btul dpt 20% exemption kredit utk bdk poli nnti..saya skang dpt exemption krdit xsmpi 13%..itu pun payah nk dapat..padahal intake sblum saya, student poli hmpir dpt 40% exemption krdit..tp masa intake saya dikata silibus poli xckup nk exemption kredit d ipt ini..ini plak 20%??? statik utk sem 1 pun kene belajar..xguna gak dpt anugerah setiap sem kt poli dulu..

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1488   717  307404
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 184 queries. 0.352 seconds