Cari Barang Mainan Terpakai Di Rengit

Teruja tengok koleksi makcik ni. Semua tu second hand

Last week kami satu family pergi Johor. Aku ada lecture kat UTHM. Orang panggil mengajar Dreamweaver CS4. Empat hari kami kat sana. Sebenarnya ibu awal awal lagi dah plan nak pergi cari barang mainan terpakai kat Rengit untuk kedai online dia kat qistinastore.blogspot.com

Pekan kecil Rengit ni terletak lebih kurang 40KM dari Parit Raja, Batu Pahat. Kami kesana melalui jalan Parit Hamid yang keluar kat Parit Botak. Simpang jalan ni terletak kira kira 5 KM dari pekan Ayer Hitam. Jalan Parit Botak ni agak kecil dan lurus. Jadi, driving melalui jalan ni kena slow slow. Banyak kampung dan parit parit sebelah kanan jalan.

Bila sampai simpang Parit Botak, masuk arah kiri menuju Pontian Kecil. Drive dalam 10 – 15 minit baru sampai pekan Rengit. Simpang nak masuk tempat perkampungan orang asli yang jual barangan terpakai ni terletak disebelah kanan jalan. Kat jalan masuk ke kampung tu ada pasar basah.

Sebenarnya kat sini banyak perabot dan barangan letrik terpakai. Barang permainan yang nak dicari oleh ibu tu ada jugak, tapi kena betul betul cari baru jumpa. Sekali dah jumpa, berjam la kat situ.

Tiga kali kami pergi Rengit. Ibu ada jumpa banyak jugak barang mainan. Dua kotak kena hantar balik rumah pakai pos. Selebihnya lagi masuk kat bonet kereta.

Ini ada sikit gambar lebih kurang pekan Rengit tu.

Anak anak aku masuk dalam rumah orang ni cari maianan macam rumah sendiri

Awasi anak anak bila membeli kat sini, orang kampung ni bawak motor laju laju

Kasi Qistina hilang penat dulu sambil main ngan permainan yang ada macam mainan dia

MAP

Parit Raja ke Rengit

Dapatkan koleksi barangan permaianan ibu di qistinastore.blogspot.com

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .
Bookmark the permalink.

22 Responses to Cari Barang Mainan Terpakai Di Rengit

  1. berjaya juga ye akhirnya. eh, pam aku ada kah?

  2. mazudi says:

    @roshaizul yang gagah:
    Ya. Berjaya jugak.
    Pam tu ada dalam kereta aku. Tadi aku call kau tak angkat. Esok ambik.

  3. Siddiq says:

    Bakpo demo tok gi naik lori ? Buleh punggoh baghe besar2 wak kelik jual di Dungun tu..

  4. mazudi says:

    @Siddiq:
    Memang itu idea asal bini kawe. Tapi kawe marah.

  5. rudy says:

    saya berminat sgt dgn karpet itam yang anak2 tuan pijak tu… kalaulah sy dpt beli…

  6. mazudi says:

    @rudy:
    Alamak Rudy, karpet tu makcik tuan kedai tu pakai kat rumah dia tu.

    Kalau nak beli mainan budak budak ada la orang rumah saya jual.

  7. halim says:

    salam. leh bagi alamat x.
    sy benan nk g rengit.

  8. pentasDUNIA says:

    boh..bunyi kaba bare golf byk c2,jolo ko?

  9. MatYie says:

    Salam, ada sapa2 nak beli barang2 mainan McD, ?

  10. lela says:

    salam, kepada sesiapa yang nak ke rengit ,lupakan lah saja.
    harga sekarang dah terlalu mahal sangat, tak macam dulu.
    lebih baik beli yg baru.

    • MAMUT says:

      memang betul ini semua gara gara org politik nak cari makan sape suruh dia orang buat kedai batu untuk orang orang asli tu semua sekarang yang berniaga tu dah pandai taruk harga… lebih pandai dari orang yang datang membeli…..

      • mat jawe says:

        brg kat rengit mhal sbb dieorg pinjam duit along nak buat niaga.sbb tu die jual mhal tuk byar duit along..ada cara tuk dapatkan harge agak murah..belagak mcm org kg kwsn situ.jgn nmpk sgt mcm org luar..abg ipar aku sllu dtg situ.kalo bwak keta dia no plat kl confirm dia jual mhal.dtg bwak moto kriss plat johor.dpat murah…

    • IERA says:

      yeke,aku baru nk g,mhal cmne tu,baik beli baru ke???eh ko dh g ktne yamsje je nk tgok2,bgthla aku,

  11. Ameng says:

    Sya stuju ngan korang. Tp klau pndai runding harga bleh dpt murah

  12. IERA says:

    ok gak,rengit tu kt sebelah mana,nama kedai dia apa??alu nk gla cari mainan terpakai kanak-kanak,nk jual,bleh cl aku x 0197060015

  13. Ameng says:

    Klau iera nk prgi msuk kt bhg dlm jln (bngunan baru) klau bhgn dpn2 jln tu hrg brgn mahal skit

  14. Pasar Karat says:

    Assalammualaikum,

    Tumpang laluan iklan. Kami dari pasar karat di Johor ada menjual secara borong barangan terpakai. Jikalau ada rakan yg berminat membuka perniagaan ini di Terengganu boleh PM kami.

    http://www.facebook.com/pasarkaratku

    ini adalah page kami di Air Hitam batu pahat.. Banyak lagi gambar tak sempat nak kami upload.

  15. shahida says:

    Ada x mainan moto yg bley ditunggang bdk 3thn keatas kat awk..berape yea..

  16. along79 says:

    menarik tempat ni

  17. propa says:

    Bila balik pontian selalu gak pergi sini, tapi sekarang harga macam dah tak masuk akal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>