Bookmark and Share

13
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

kesan penyambungan Internet yang perlahan di tempat kerja terhadap kelancaran tugas

25 November 2009 | 7:31 pm  |   524 pembaca. Pekerjaan

internet-connection-speed

Memang tidak boleh disangkal lagi kepentingan penyambungan internet ditempat kerja. Banyak penulisan atau penyiaran media telah mengemukakan berbagai kajian tentang keberkesanan kerja dengan wujudnya teknolgi internet. Namun begitu masih terdapat banyak jabatan termasuk beberapa institusi pendidikan sendiri yang mempunyai masalah dengan kelajuan penyambungan internet dalam mencapai maklumat yang diperlukan.

Dalam melaksanakan tugas tugas yang berkaitan, kebanyakan ketua jabatan menyarankan agar semua dokumen dan data dihantar dan diterima melalui internet. Katanya ini akan banyak menjimatkan kos dan juga masa penghantaran. Namun bagaimana jika kaedah manual lebih berkesan dalam pergerakan dokumen hanya disebabkan masa menunggu capaian internet terlalu lama.

Berikut adalah beberapa proses dalam menyediakan tugasan yang boleh dilakukan dengan teknologi internet dalam jabatan kami:

  1. Berkongsi dokumen piawai yang digunakan oleh semua staf, eg: dokumen ISO.
  2. Bertukar dokumen yang sama antara staf tertentu, eg:nota kuliah
  3. Makluman tentang sesuatu acara, eg: mesyuarat
  4. Capaian terhadap data-data asas staf eg:telefon staf
  5. Capaian terhadap data-data pelajar , eg:maklumat perhubungan pelajar

Proses kerja di atas mudah dicapai sekiranya data atau dokumen yang dikehendaki berada dalam satu pelayan rangkaian yang sama dan berpusat di jabatan sendiri (Local Area Network). Namun sekiranya data atau dokumen yang hendak dicapai tersebut memerlukan penyambungan ke pelayan luar, pengguna terpaksa menunggu untuk tempoh masa yang agak lama. Capaian ini termasuklah dalam penggunaan aplikasi email dan laman web, dan ini merupakan aplikasi asas dalam menggunakan internet.

Tidak ada kajiselidik yang ada untuk aku tunjuk kat sini tentang peratusan kakitangan yang menggunakan penyambungan internet yang disediakan oleh jabatan untuk menjalankan proses kerja di atas. Apa yang ada cuma cakap cakap yang meluahkan perasaan ketidak puasan hati masing masing dengan kelajuan penyambungan internet yang disediakan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kesan terhadap pekerja dan juga jabatan akibat daripada situasi ini. Antara kesan kesan yang aku perhatikan:

  1. Pekerja akan ketinggalan terhadap maklumat terkini yang boleh diakses melalui internet. Ini kerana mereka bosan untuk menunggu maklumat yang ingin dicapai.
  2. Pekerja cenderung menggunakan kaedah manual dalam pertukaran dokumen. Ini menyebabkan penggunaan kertas cetak dan fotostat yang kadangkala tidak diperlukan. Masa pergerakan dokumen juga akan bertambah mengikut lokasi dan ada atau tiada penerima dokumen.
  3. Rekod data pekerja yang perlu sentiasa dikemaskini secara dalam talian akan menjadi usang (obsolete) kerana ketidak boleh capaian ini. Ini akan menjadikan rekod data yang ada menjadi kurang dari segi keboleh percayaan.
  4. Sekiranya ada pihak yang memerlukan maklumbalas dari pekerja seperti survey atau pengundian (poll) sebagai satu instrumen untuk membuat keputusan secara dalam talian, ada kemungkinan keputusan yang dikeluarkan tidak tepat kerana peratusan pekerja yang mengambil bahagian tidak menunjukkan nilai keseluruhan. Ada kemungkinan juga survey atau poll terpaksa dibuat secara manual semula.
  5. Pekerja akan cenderung untuk melahu didepan komputer dengan membuat kerja yang tidak berkaitan seperti permainan komputer sementara menunggu maklumat yang ingin dicapai terpapar diskrin komputer mereka.

Berikutan daripada masalah kelajuan penyambungan internet ini juga tidak kurang dikalangan pekerja ini yang terpaksa melanggan penyambungan internet sendiri dengan pakej pakej broadband yang sedia ada. Golongan ini kebanyakannya terdiri dari kalangan pekerja yang  telah menyedari kepentingan teknologi maklumat dan dikatakan celik IT.

Namun bagi mereka yang tidak merasakan kepentingan teknologi maklumat dan pengguna internet dengan penyambungan yang perlahan ini (dan pastinya sekejap akan rasa bosan dan tinggalkan meja komputer), mereka akan berterusan dengan tahap ‘celik IT’ yang sedemikian.

Akhirnya, perlu ada pihak yang berkenaan bertindak dengan kaedah yang lebih berkesan dalam usaha untuk meningkatkan kelajuan penyambungan internet ditempat kerja. Untuk jangkamasa panjang, meningkatkan infrastruktur rangkaian internet ini akan lebih menguntungkan berbanding kaedah kerja yang manual.


, , , , , , , , , , , , , .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Tugas tugas yang melawan graviti
» Database Buat Hal
» Catu
» Ada keluarga besar khinzir terperangkap di persekitaran kerja kami.
» Meeting Serah Tugas

Imej Imej Rawak

 

2 Komen untuk “kesan penyambungan Internet yang perlahan di tempat kerja terhadap kelancaran tugas”

  1. barjunc:

    aku setuju sangat dengan pandangan yang diberikan…tapi siapalah kita hanya sekadar melukut ditepian gantang…molek rasanya dikaji dan diperhalusi…bukan sekadar retorik semata-mata…paperless konon…lebih utamakan projek “megastructures”….

    [Jawab Komen Ini]

    mazudi Reply:

    Itu la yang jadi bila semuanya sempurna kat atas kertas, tapi terdapat terlalu banyak interfere dalam proses pelaksanaannya.

    Yang jadi mangsa kita yang bertugas diperingkat operational. Tah ahh…

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1383   712  144006
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 195 queries. 0.339 seconds