Sinopsis Program Diploma Politeknik Bagi Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf

Politeknik_Malaysia_Icon_by_piratz

Seorang pelajar yang mungkin lepasan SPM bertanya dalam blog ini tentang kualiti seorang pelajar di Politeknik. Timbul keraguan dimindanya apabila diberi penjelasan oleh guru beliau melalui satu ceramah bahawa tidak berapa bagus untuk pelajar menyambung pelajarannya dipoliteknik. Kalian boleh melihat pertanyaan beliau dan jawapan yang aku beri pada entri bertajuk Politeknik KK

Disebabkan berasa tidak berapa adil untuk gurunya memberi input pada pelajar dengan cara yang sedemikian, di sini aku paparkan sinopsis beberapa program Diploma Politeknik untuk lepasan SPM.

KURSUS DIPLOMA BIDANG KEJURUTERAAN

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek kaji air, lebuhraya dan pembinaan. Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam makmal. Pelajar juga perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan. Peluang pekerjaan adalah luas di mana lulusan dapat ditempatkan di industri pembinaan atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik. Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di universiti-universiti tempatan atau luar negeri.

Program yang ditawarkan:

  1. D04 – DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
  2. D05 – DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN
  3. D06 – DIPLOMA TEKNOLOGI BERASASKAN KAYU
  4. D08 – DIPLOMA SENI BINA
  5. D09 – DIPLOMA UKUR BAHAN
  6. D10 – DIPLOMA UKUR TANAH
  7. D11 – DIPLOMA KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengguna, menguji, menyenggara dan membaik pulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kursus ini merangkumi modul Elektronik Kuasa, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik, Pengalatan Elektronik, Kawalan Motor, Bekalan Kuasa Elektrik & Kawalan dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektrik seperti Pengalatan Elektronik, Senggaraan Kejuruteraan, Kawalan Motor A.T, Sistem Perlindungan, Bekalan Kuasa Industri, Kawalan Motor A.U dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang industri pembuatan elektronik, penjanaan elektrik, industri petroleum dan gas serta industri perkhidmatan elektrik. * tidak rabun warna

Program yang ditawarkan:

  1. D16 – DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
  2. D19 – DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN)
  3. D20 – DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)
  4. D23 – DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PERUBATAN)
  5. D24 – DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
  6. D44 – DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pelajar akan mengikuti modul pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Loji, Rekabentuk Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Kaji Daya Bahan, Termodinamik, Kaji Daya Mesin, modul-modul teras dan beberapa modul elektif. Peluang pekerjaan adalah luas kerana kandungan kursusnya dan lulusan berpeluang menceburi kerjaya dalam industri kejuruteraan dan pembuatan.

Program yang ditawarkan:

  1. D30 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
  2. D31 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
  3. D32 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI)
  4. D33 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)
  5. D34 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL(PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)
  6. D35 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN)
  7. D37 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUNGKUSAN)
  8. D38 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PLASTIK)
  9. D39 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL)
  10. D40 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (BAHAN)
  11. D41 – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK
  12. D43 – DIPLOMA PENYENGGARAAN PESAWAT

DIPLOMA REKA BENTUK

Program yang ditawarkan:

  1. D70 – DIPLOMA REKA BENTUK GRAFIK
  2. D71 – DIPLOMA REKA BENTUK INDUSTRI
  3. D72- DIPLOMA MEDIA DIGITAL (SENI DIGITAL)
  4. D73 – DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM)

D80-DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKAPALAN

Kejuruteraan Perkapalan yang berkait rapat dengan kejuruteraan mekanikal memberi penekanan kepada pengendalian dan penyelenggaraan kapal, janakuasa marin, peralatan berkaitan dan juga pembinaan kapal dan seni bina kapal. Kursus ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal sebelum membawa kepada bidang pengkhususan kejuruteraan perkapalan. Pelajar perlu mengambil modul teras dan beberapa modul elektif kursus ini. Kursus selama 7 semester ini juga digabungkan dengan latihan limbungan selama tiga bulan dan latihan di atas kapal selama enam bulan

D90 – DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas teknologi makanan dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, kerja makmal, melaksanakan tugasan, projek penyelidikan dan latihan industri. Program pengajian meliputi pelbagai aspek sains dan teknologi makanan, di antaranya aspek kimia, mikrobiologi, teknologi pemprosesan, kawalan mutu, asas kejuruteraan makanan dan perkembangan produk makanan. Setelah menamatkan pengajian, pelajar boleh menceburi kerjaya sebagai pembantu teknik, pembantu penyelidik, penyelia pemprosesan atau kawalan mutu dalam industri makanan dan industri oleokimia atau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.

KURSUS DIPLOMA BIDANG PERDAGANGAN

Program yang ditawarkan:

  1. D50 – DIPLOMA AKAUNTANSI
  2. D51 – DIPLOMA INSURANS
  3. D52 – DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN
  4. D53 – DIPLOMA PEMASARAN
  5. D55 – DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN)
  6. D57 – DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PERNIAGAAN ANTARABANGSA)
  7. D58 – DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN

KURSUS DIPLOMA BIDANG HOSPITALITI DAN FESYEN

Program yang ditawarkan:

  1. D65 – DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING
  2. D66 – DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
  3. D67 – DIPLOMA REKA BENTUK FESYEN DAN PAKAIAN

Semoga dengan tertera sedikit sinopsis program beserta dengan senarai program diploma yang ditawarkan di Politeknik ini dapat memberi sedikit pendedahan tentang apa sebenarnya yang kita belajar di politeknik.

Untuk mendapatkan sinopsis penuh bagi program diploma di Politeknik serta Politeknik yang menawarkan program tersebut, kalian boleh muat turun fail Sinopsis Program Diploma Untuk Lepasan Politeknik dalam format pdf.

Harap maklum.

Tagged , , , , , , , , , , , , , .
Bookmark the permalink.

78 Responses to Sinopsis Program Diploma Politeknik Bagi Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf

  1. Guru prihatin says:

    Saya rasa terkilan dengan komen-komen yang negatif datang daripada pelajar degree IPTA, kononnya politeknik tahapnya lebih rendah daripada IPTA. Memang saya akui syarat masuk ke program kejuruteraan di poli lebih rendah daripada IPTA. Tapi kadang-kadang ada pelajar tidak cemerlang semasa SPM, lebih cemerlang di IPT bila mereka berusaha dan telah mempunyai kesedaran yang tinggi.

    Lagipun, dalam dunia pekerjaan, pelajar cemerlang masa SPM atau IPTA tak semestinya menjadi pekerja yang hebat.
    Dalam dunia pekerjaan sebenar, banyak cabarannya dan biasanya pelajar yang sederhana lebih mampu menghadapinya berbanding dengan pelajar yang ulat buku.

    Rakan-rakan saya yang menyambung peringkat Master dan PHD pun, kebanyakannya pelajar yang biasa-biasa sahaja masa sekolah dahulu.

    Kalau kita cemerlang dalam akademik semasa SPM dan IPTA jangan riak.

    Saya cemerlang masa SPM dan mengambil kursus profesional di universiti. Tapi bila bekerja saya nampak rakan-rakan yang kurang cemerlang dulu pun setanding dengan saya , malah ada yang lebih cemerlang lagi.

    Rezeki itu daripada Allah, sentiasalah merendah diri dengan kelebihan yang ada . Semoga hidup terus diberkati Allah.

  2. alina says:

    Saudara. lepasan giatmara tahap 3. boleh tak meneruskan pengajian di politeknik?

  3. alina says:

    Saudara. lepasan giatmara tahap 3. boleh tak meneruskan pengajian di politeknik untuk diploma?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>