Bookmark and Share

8
user

Lelong barang permainan
Dapatkan permainan berkualiti dari jenama yang terkenal. Harga boleh runding.

Lawatan semula ke stesen bas Machang yang penuh memori

30 November 2009 | 3:07 am  |   460 pembaca. Kehidupan

Stesen bas Machang sekarang

Salah satu tempat yang meyimpan banyak memori bila zaman persekolahan dulu kita menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pergi dan balik sekolah ialah perhentian bas. Selama lima tahun di era sekolah menengah aku, aku menggunakan perkhidmatan ini. Di stesen bas Machang ni boleh dikatakan setiap hari aku lepak.

Pekan Machang ni bukanlah satu bandar besar. Tapi suatu masa dulu, ia adalah satu pekan yang mesti dilalui oleh semua orang untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang – KL. Jadi agak hidup juga lah pekan Machang ni. Syarikat bas yang dominan kat Kelantan ni biasalah, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Disebabkan ada pembinaan jalanraya yang lebih selesa dan ianya menyimpang dari bandar Machang sekarang ni, jadi, Machang sekarang agak kurang pengunjungnya. Tidak ramai lagi musafir musafir yang singgah di bandar Machang.

Stesen bas ni dulu agak sibuk jugak. Penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas kat sini adalah untuk destinasi

  1. Machang – Kota Bharu : 
    • Machang – Kemubu – Kota Bharu,
    • Machang – Kem Desa Pahlawan – Kota Bharu.
  2. Machang _ Pasir Puteh
  3. Machang – Kuala Krai
  4. Machang – Tanah Merah

Ada banyak juga aktiviti zaman aku sekolah dulu bermula dari stesen bas ni, antaranya :

  1. Bermulanya perkenalan antara pelajar sekolah lelaki dan perempuan samada dari sekolah yang sama atau berlainan. Ada dua tiga orang jugak kawan aku berjaya meneruskannya sehingga ke alam rumah tangga.
  2. Bermulanya sesi pergaduhan antara dua sekolah yang berbeza bila ada pelajar wanita dari sekolah mereka dikacau oleh pelajar dari sekolah yang satu lagi. Ada dua sekolah menengah time tu kat Machang ni, Sekolah Menengah Hamzah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Machang. Selalu bergaduh dan dah berbudaya dah.
  3. Bermulanya aktiviti merokok dikalangan pelajar sekolah. Mungkin ada perasaan ‘cool’ kot bila pelajar sekolah hisap rokok depan orang ramai kat stesen bas.

Anyway, secara fizikal stesen bas ni tak banyak berubah. Tempat menunggunya, tempat parking basnya, even pakcik yang jaga kaunter tu pun masih sama lagi. Suara dia yang sama juga yang mengumumkan bas tiba dan bas nak jalan.

*Singgah kat sini semalam sebab adik aku nak beli tiket untuk ke Kuantan besok.

MAP

Machang, Kelantan

, , , , , , , , , , , , , , , , , .

Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan

» Taman MD Machang
» Industrial Training Monitoring
» Saturday
» Masuk Kerja Lepas Raya
» Penilaian

Imej Imej Rawak

 

6 Komen untuk “Lawatan semula ke stesen bas Machang yang penuh memori”

  1. megatdotnet:

    tetiba rindu bertandang, sudah lebih 15 tahun tidak kesana. bukan ada 2 sekolah menengah, ada 3 sebenarnya termasuk sekolah yang aku pernah menuntut ilmu iaitu sekolah menengah kebangsaan (agama) wataniah.

    setiap petang khamis akan menyusuri suasana kebun getah kampung untuk menghala ke stresen bas tersebut dengan berbaju batik. bagaimana rupa SMKAW sekarang agaknya ya?

    [Jawab Komen Ini]

  2. mazudi:

    @Megat
    ooo ya. Ada satu sekolah agama kat Machang. Lokasi dia kalau tak silap Jalan ke Tanah Merah lama dulu.
    sekolah kat sana rupanya megat dulu.

    tak banyak info yang aku ada pasal sekolah agama wataniah ni sebab mungkin student dia baik baik kot.

    [Jawab Komen Ini]

  3. pusit:

    Dulu-dulu…Ambo 2 minggu sekali tubek outing ke Machey.. Tubek makey mee celup Abey Ghosek daley pasar machey tu..Ado lagi ko tidok dio lo nih.. So lagi tubik outing sebab nak gi dubbing lagu kat Kedai market tu.. Memori sepanjang bersekoloh di Sains Machey..

    [Jawab Komen Ini]

  4. mazudi:

    mee celup dalam pasar machang tu memang best. Ramai orang addicted dgn mee celup kat situ.
    Time ambo sekolah dulu ada satu kedai jual cholek perut kat area taman majlis daerah Machang tu. Bila balik sekolah selalu budak budak gi situ makan cholek perut. Semangkuk 50 sen.

    Perghh… meleleh air liur bila ingat balik.

    [Jawab Komen Ini]

  5. roshaizul:

    “aktiviti merokok”. mesti kau bermula di situ

    [Jawab Komen Ini]

  6. mazudi:

    hihi.
    Aku sembunyi sembunyi jugak kalau nak smoking.
    Tapi aku pernah tertangkap ngan arwah atuk aku kat stesen bas ni oo.

    [Jawab Komen Ini]

Maklumbalas...

Nama(required)

e-mail (will not be published) (required)

Website

Komen

XHTML: And dibenar menggunakan tag berikut:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Creative Commons License   1384   712  146742
©® 2004 - 2010 www.mazudi.com | 193 queries. 0.382 seconds