Sebuah kisah klasik seorang pekerja Indonesia yang hidup sendirian dan seorang wanita di kampungku
“Selepas hari raya puasa hari tu aku diajak oleh sepupu aku pergi menjerat harimau kat hutan area kampung Tok Kah sana” dia memulakan cerita sambil minum teh kat kedai roti canai kampung aku petang tadi.
“Selepas hampir setengah hari berjalan masuk ke dalam hutan kampung tu, terkejut aku tengok ada satu pondok kecil dan ada orang pulak tinggal kat situ. Rupa rupanya ada satu orang Indonesia yang duduk kat pondok tu. Sorang sorang dia jer yang tinggal kat situ. Dia buat kerja motong getah dan jaga kebun getah kat situ” sambung dia lagi sambil menyedut asap rokok.
“eishh… memang berani orang ni”. Aku membalas agar dia lebih bersemangat.
“Tu la. Orang Indonesia ni boleh hidup, biar letak kat mana mana pun. Aku tengok tengok, kat rumah dia ni ada periuk kecik, cerek air dan pelita minyak tanah yang dia buat dari tin susu. Tu jer. Satu lagi, aku nampak ada kulit tenggiling kat depan rumah dia. Kita orang islam boleh makan tenggiling ke?” Tanya dia, nak menguji aku ker atau memang dia tak tau. Tak kisah la.
“Ehh… mana boleh. Binatang yang berkaki empat dan berkuku tajam kita mana boleh makan”. Aku jawab dengan yakin tak yakin.
“Seminggu dua sebelum raya haji baru ni ada cerita lagi pasal orang Indonesia ni. Rupanya, ada satu orang perempuan dari kampung kita ni selalu masuk pergi jumpa dia. Bini orang lagi tu. Dengarnya dah banyak kali perempuan ni masuk hutan tu semata mata nak jumpa dengan orang ni.” Sambungnya lagi dengan lebih bersemangat.
“Laa… orang kampung tak cakap apa apa ker?” Aku ajukan soalan demi menunjukkan yang aku excited nak dengar.
“Mungkin sebab orang kampung dah kecoh la kot, pekerja Indonesia ni nak lari dari situ. Bagus jugak dia keluar awal awal sebelum kena terajang dengan orang kampung, paling tidak pun dengan suami perempuan tu.” Berenti dia kejap untuk teguk teh ‘o’ dalam gelas.
“Kau tau apa jadi dengan perempuan tu?” Soalan lagi untuk tambah suspen cerita dia.
“Tak tau”. Ringkas dan padat.
“Perempuan tu sampai menangis terjerit jerit kat lelaki tu minta supaya jangan pindah. Siap mengugut lagi kata kalau lelaki Indonesia tu pindah dia pun nak ikut jugak”
“Loo… habis dia ikut tak laki tu?”
“Mana ada. Tu ada lagi perempuan tu kat rumah dia. Tu la, orang Indonesia ni bukan calang calang kalau dia masuk tempat kita. Ilmunya ada setiap empat penjuru. Kalau tak mana ada orang berani tinggal sensorang kat dalam hutan macam tu.”
“Memang la. Dorang yang datang sini ni pun memang kena survive giler. Tak mungkin laa kalau takder apa apa kat dada” Aku memberi sokongan.
“Tu la. Mamat ni kalau nak kata hensem takder hensem nya. Kalau macam muka kau ni dah huduh kan, huduh lagi muka dia kau tau. Tapi perempuan boleh menangis kat kaki oo.”
“Cheh… aku pulak”.
*Cerita ni telah dialih bahasa kepada bahasa melayu standard. Pencerita ialah seorang yang berbahasa Terengganu kampung dan aku berbahasa Kelantan Pulai Chondong.






2 December 2009 | 10:44 pm |
611 pembaca.


1373  
708
123486
bahayo sungguh
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 3rd, 2009 at 9:12 am
@pB: Tu la tu. Kena berhati hati.
[Jawab Komen Ini]
3 December 2009 : 8:37 am
jerat rima??
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 3rd, 2009 at 10:52 pm
Hoo.. org sini bukan reti takt ngan rima. Nampak jah tapak rima bederu masuk bukit tahan jerat. Harga rima mahal weh, 15K sekor. Psst… pemburu haram nih.
[Jawab Komen Ini]
amirulramthan Reply:
December 3rd, 2009 at 10:56 pm
owh.. pah jual cino kow?
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 3rd, 2009 at 11:05 pm
Yo kalih.
Kalu tidak cina sapa pulok nak beli.
[Jawab Komen Ini]
3 December 2009 : 10:44 pm
betullah tu,pekerja indonesia mmg cekal utk merantau
tp zaman skrg ni mereka lebih demand utk dptkan bayaran lebih tinggi
[Jawab Komen Ini]
4 December 2009 : 12:10 am
biar penuh ilmu di dada yg penting bukan ilmu yg salah di sisi Islam.
klau tidak hampeh tak guna gak
alih bahasa bro mmg best. dh macam baca novel lak. hehe. tp klau ditulis dlm 2 bahasa pn best gak
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 6th, 2009 at 4:05 am
Betul tu. Kalau tuntut ilmu yang tak guna, bukan saja hampeh, tapi mungkin akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
haha. dua bahasa eek. Kena tunggu Google translate yg ada bahasa Trengganu.
Thanx for lawatan bro.
[Jawab Komen Ini]
5 December 2009 : 10:17 pm