Resepi tapai pulut bungkus daun getah untuk desert selepas hari raya
Biasa la seminggu selepas raya ni kita akan tercari cari balik mana mana baki kuih kuih raya yang kita tak larat nak makan time raya hari tu. Buka buka peti ais ada la pulak tapai pulut yang dibungkus oleh nenek aku time nak balik sini hari tu. Nampak sedap dan berselera pulak.
Ini ada resepi kaedah nak buat tapai pulut.
Bahan-bahan
- 1 kg beras pulut
- 1/2 biji ragi- ditumbuk halus daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh
Cara-cara
- tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
- apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
- tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
- setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari
Kredit untuk : myresepi.com
Pesan orang-orang tua bila nak masak tapi ni, kita kena buat diam diam, takleh ada orang yang tahu kalau tak tapai tak menjadi. Lebih lebih lagi kalau ada orang yang “ada ilmu” yang tegur kita time tengah masak atau bungkus tapai tu, for sure tak jadi. Baik makan pulut begitu jer. Macam mana dia klasifikasikan “ada ilmu” tu, tak tau. Masih relevan atau tidak dengan ilmu IT sekarang ni.
Tapai yang nenek aku buat ni memang femes kat kampung aku. Manis dan tak pernah tak jadi.
Selamat mencuba resepi tapai pulut ya puan puan.
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
| » Nasi Dagang Dungun, Terengganu » Raya Kat Tawau » Selamat Hari Raya » SMS Raya » Sebuah kisah klasik seorang pekerja Indonesia yang hidup sendirian dan seorang wanita di kampungku |
Imej Imej Rawak
|
|






3 December 2009 | 9:29 pm |
1789 pembaca.

1472  
717
239472
terus rindu dgn mak tgok tapai ni….
selalu dia buat, 28/12 nnt baru blk dr Mekah
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 4th, 2009 at 12:13 am
ya kan. Bila nampak jer kuih kuih orang lama camni, memang teringat kat mak, ayah, nenek dan kampung.
Orang muda kena belajar buat kuih cenggini supaya nanti bila anak-anak dah besar, at least dorang pun akan ingat kita bila tengok kuih. hahah.
thanx for lawatan kak jie.
[Jawab Komen Ini]
Kujie Reply:
December 4th, 2009 at 9:58 pm
tapai orang muda tak de daun…huhu
[Jawab Komen Ini]
4 December 2009 : 12:05 am
kat pantai timur popular tapai pulut. kat johor tapai ubi lebih popular
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 4th, 2009 at 5:14 pm
Rasanya dua dua pun popular, cuma kat belah belah kau sana tapai pulut tak berapa nak ada.
[Jawab Komen Ini]
4 December 2009 : 4:43 pm