Ada keluarga besar khinzir terperangkap di persekitaran kerja kami.
Dia seorang pegawai yang berstatus ditempat kerja kami. Tugasnya banyak melibatkan perhubungan dengan pelajar. Kami dulu belajar dalam satu kursus yang sama. Walaupun bertugas dalam satu persekitaran yang sama, kami jarang boleh duduk duk bercerita seperti dulu. Semalam kami terserempak secara tak sengaja sewaktu melalui satu koridor ditempat kerja kami. Dia bercerita tentang salah satu tugas yang diarahkan pada dia sekarang. Memburu satu keluarga khinzir yang terperangkap dalam pagar kawasan kerja kami.
Katanya:
”Setengah tahun dulu memang aku dah nampak dah ada sepasang khinzir ni yang bolos masuk pagar tempat kita ni. Ada pagar yang roboh time tu. Nak jadi cerita, pasangan ni tadi tak sempat keluar selepas pagar tersebut dibaiki.”
“Kini dah dekat setahun dah masa tu berlalu. Awal minggu baru ni ada orang nampak ada khinzir besar yang merayau kat sebelah kediaman pelajar. Bila pegawai atasan dapat maklumat tersebut, aku diarahkan untuk siasat punca kewujudan makhluk tersebut.”
“Selepas disiasat, mengikut jadual yang diberikan, khinzir ni akan keluar kehalaman kediaman pelajar selepas jam 3.00 pagi. Jadi semalam aku bersama beberapa orang kakitangan yang lain keluar untuk tengok.”
“Rupanya pasangan yang kecil dulu dah semakin meningkat dewasa. Khisnzir yang jantan tu dah bersaiz macam anak kerbau dengan taring yang putih dah panjang naik keatas. Bersama sama dengan mereka juga ada anak anak yang kecil seramai lebih dari enam ekor”
“Jadi malam ni aku akan berjaga lagi bersama sama anggota RELA yang telah dijemput untuk memburu khinzir pada pukul 3 pagi.”
“Aku sekarang adalah pegawai pengurusan khinzir”
Kami bersalaman sebelum dia meneruskan lagi perjalanannya kearah yang aku tak mau ambik tahu.
Kesian kan?
|
anak anak khinzir, babi dewasa, babi hutan, babi jantan, babi lira, babi masuk kampung, khinzir haram, khinzir liar, khinzir melahirkan anak, memburu babi, pegawai tadbir, tugas akhir. |
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
| » Kita, Teman dan Fasa Masa » Balik. » Sambutan Ulangtahun Keluarga kami yang berusia lapan tahun » Cari Rumah Sewa di Dungun. » House of Me |
Imej Imej Rawak
|






10 December 2009 | 3:21 am |
298 pembaca.


1384  
712
147446
kui3… tembak jer…
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 12th, 2009 at 8:32 pm
dah kena tembak kot.
Takpun dah jadi lauk dek penembak tu. haha
[Jawab Komen Ini]
11 December 2009 : 4:19 pm
cara menghapuskan babi amalan bapak aku.
1.) gaulkan makanan basi dengan rambut. tabur kat akar/umbut pokok. babi akan mati beberapa hari kemudian.
2) gaulkan makan basi dengan racun rumpai. babi akan mati kehausan di punca air.
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 13th, 2009 at 1:59 pm
ooo….
kau kena bagi tau ngan pegawai tu.
[Jawab Komen Ini]
12 December 2009 : 10:12 pm
aku nak tau jgak sape pegawai yang dimaksudkan tu…
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 31st, 2009 at 3:07 am
Nama dirahsiakan hahah….
[Jawab Komen Ini]
30 December 2009 : 9:30 pm