Kisah dugaan seorang sahabat yang sangat tinggi darjah kesabarannya [1]
Dia adalah salah seorang sahabat akrab aku sewaktu belajar dulu. Usianya yang dewasa dari aku membuatkan aku menganggap dia lebih sebagai seorang abang berbanding sahabat yang biasa. Kepandaiannya dalam berbagai bidang ilmiah membuatkan dia seringkali dijadikan sumber rujukan rakan rakan yang lain.
Tentang amal ibadatnya:
Cerita seorang sahabat yang lain:-
”Satu hari aku berselisih dengan nya sewaktu pulang dari kuliah. Dia berpakaian seperti biasa, baju kemeja lengan pendek dengan jeans lusuhnya. Aku bertanya dia nak kemana. Katanya, “nak kedepan ada hal sikit”. Entah kenapa aku rasa macam nak tengok kemana arah tujuannya. Rupanya dia menuju kesurau. Dia sembunyikan kopiahnya dalam poket seluar supaya orang tak tahu dia nak ke surau. Aku kagum denganya”
Ada satu ketika aku sendiri ke surau denganya. Bila sampai aku lakukakn sunat tahiyyatul masjid. Bila selesai aku duduk sebelahnya. Dengan bersahaja dia berkata “aku takut nak buat sunat tahiyyatul masjid sebab ada banyak sunat sunat yang lain yang lebih mudah untuk aku lakukan kat bilik, tapi aku tak buat”. Terfikir sekejap aku tentang apa yang dia katakan.
Tentang ilmu ilmiahnya:
Dia seorang jurutera yang sejati. Bila bercerita tentang matematik, strength of material, thermo dan lain lain subjek yang ditakuti oleh kami, dia adalah gurunya.
Cerita seorang sahabat yang lain:-
“Aku kena mengajar matematik semester 6 bila aku berada ditempat lama dulu. Disebabkan ada bahagian bahagian yang tidak aku ketahui dengan mendalam tentang subjek itu, aku pergi rumah dia untuk bertanya. Walaupun dia tak mengajar matematik pada masa tu, tapi dia masih mampu untuk derive balik Laplace, Taylor Series dengan mudah.
Tentang alam perkahwinannya:
Dugaan hidupnya bermula bila dia memasuki alam rumahtangga. Aku cuma mendapat cerita dari sahabat sahabat yang lain kerana selepas tamat pengajian, aku tidak lagi berjumpa dengannya.
Bersambung….
malas nak tulis panjang panjang nanti kalian bosan tengok paragraph yang berjela.






15 December 2009 | 11:06 pm |
400 pembaca.



1378  
711
139149
smbung cepat2
[Jawab Komen Ini]
16 December 2009 : 12:14 am
insaff kannns.. salamm maal hijrahh abang mazudi tewww
[Jawab Komen Ini]
17 December 2009 : 6:18 am