Kisah dugaan seorang sahabat yang sangat tinggi darjah kesabarannya [2]
Diakhir akhir tempoh pengajian kami dia mula berkenalan dengan seorang gadis melalui IRC. Tidak banyak yang dia ceritakan tentang wanita tersebut. Namun sebagai seorang sahabat aku dapat rasa yang ada sedikit keseriusan dalam perhubungan mereka. Kalau tak silap pernah dia turun KL semata mata nak berjumpa dengan gadis tersebut.
Beliau menamatkan pengajiannya lebih awal dari aku. Aku diberi peluang untuk menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Sewaktu aku melanjutkan pengajian, beliau dah memulakan karier sebagai seorang pengajar. Ada beberapa kali dia datang melawat aku dan sempat minum bersama sambil bercerita tentang karier dan masalah dalam karier beliau.
Selepas tamat pengajian dan aku dihantar ke KK untuk memulakan alam pekerjaan, tiada maklumat tentangnya yang aku kemaskini. Sehinggalah tiga tahun kemudian bila aku menghadiri satu aktiviti pelajar, aku berjumpa dengan seorang kawan yang lain.
Cerita dari seorang kawan yang lain:
”Dia dah kawin dengan perempuan dari KL. Dia ada masalah. Isterinya mempunyai sifat cemburu yang sangat extreme. Pada satu masa, kami menghadiri satu kursus. Dalam kursus tersebut ada ramai peserta perempuan. Pada masa minum, kami minum bersama termasuk peserta wanita. Pada masa tu isterinya datang. Didepan depan kami semua isteri dia pergi sound perempuan yang berada disebelah beliu. Semua orang terperanjat dan malu dengan perbuatan isteri dia. Di situ baru aku tau sejauh mana sebenarnya sifat cemburu isteri dia yang selama ini aku cuma dengar dari mulut orang lain”
Disuatu masa yang lain selepas beberapa bulan kemudian, aku ketemu lagi dengan sahabat yang menceritakan kisah di atas:
”Isterinya telah hamil. Namun berlaku lagi satu peristiwa. Isterinya cemburu dengan rakan rakannya yang satu pejabat dengannya. Isterinya mengugut beliau untuk membelah perutnya sendiri dengan pisau dan nak bunuh anak dalam kandungannya. Memang betul betul pegang pisau dah masa tu dan dicucuk ke perut dia.”
Dari mulut seorang kawan yang lain pula:
”Anak pertama yang dikandung isterinya tersebut telah gugur. Pada masa tu mental isterinya memang terganggu. Sahabat kita ni, memang tinggi kesabarannya. Selama empat lima bulan dia tak pernah menyentuh isterinya. Namun dia masih lagi menjaga isterinya ini seperti biasa.”
Dalam satu mesyuarat yang lain, aku berjumpa pulak dengan satu kawan yang lain:
”Akibat dari rasa cemburu isterinya dan kelakuannya yang sentiasa minta diceraikan, akhirnya kawan kita ni telah menjatuhkan satu talak pada isterinya selepas isterinya mula sihat semula dari sakit akibat keguguran anak pertama mereka.”
Selepas beberapa ketika, seorang sahabat yang pertama tadi pula bercerita tentang beliau:
”Mungkin sebab kesiankan isterinya, beliau rujuk balik dengan isterinya. Tapi perangai isterinya masih lagi tak berubah. Langsung tak boleh nampak dia bercakap dengan perempuan. Mesti isterinya mengugut untuk bunuh diri. Ada beberapa kali jugak lengannya ditores dengan pisau”
Terakhir sekali yang aku dengar:
”Dia dah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Memang tak ada peluang lagi nak rujuk balik. Kalau aku ditempat dia, dah lama aku berbuat begitu. Banyak hidupnya menderita bila bersama dengan isterinya dulu. Sekarang aku pun turut merasa puas bila tengok hidp dia yang dah mula ada cahaya keceriaan sikit. Agak bernasib baik juga mereka tak ada anak.”
Semoga beliau beroleh kesejahteraan untuk hari hari yang mendatang. Dugaan tuhan dalam hidupnya agak berat berbanding kami kawan kawan yang mengenali beliau. Selama hampir sepuluh tahun dia mengharunginya dengan penuh kesabaran dan redha dengan dugaan tersebut. Mungkinkah ini kegagalan beliau dalam meneruskan alam rumahtangga atau kejayaan beliau dalam menjalani ujian tuhan.
Sekian.






20 December 2009 | 9:28 pm |
425 pembaca.

1383  
712
145858
Staff Poli Dungin ko sahabat kita tu ?
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 22nd, 2009 at 10:31 am
Tak. Bukan. Tapi sahabat aku masa study dulu.
[Jawab Komen Ini]
21 December 2009 : 10:25 am
semoga sahabat kamu itu terus bersabar nyer…
bukan senang untuk berjumpa dengan orang yg sedemikian….
[Jawab Komen Ini]
23 December 2009 : 6:39 am
moga sahabat itu akan beroleh kebahagiaan sejati
[Jawab Komen Ini]
24 December 2009 : 10:12 am
kat poli ada tak cikgu nama siti..ore besut..umur 26..blaja uia dulu?
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
December 24th, 2009 at 12:21 pm
Siti?
Ramai jugak bang org nama siti kat sini.
Tak tau yg mana satu, lagipun saya ni tak berapa kenal sangat ngan staf pompuan ni. haha
[Jawab Komen Ini]
24 December 2009 : 11:45 am