mentaliti Keusahawanan Seorang Penangkap Kera Di Kampung Aku
Sewaktu aku balik kampung dua minggu lepas buah duku langsat sedang berbuah kat kampung aku. Terdapat satu jiran yang rumahnya dikelilingi oleh pokok pokok duku langsat yang buahnya agak lebat. Namun dia menghadapi masalah dengan kumpulan kera kera yang mencuri buah buah tersebut sehingga dia tak sempat nak merasa buah buah tersebut.
Diatas kekreatifan yang dianugerahkan pada beliau, beliau memasang perangkap yang berbentuk sangkar yang sederhana besarnya dibawah pokok duku langsat kat sebelah rumahnya itu. Sehingga hari aku balik hari tu, dah ramai kera kera yang masuk perangkap beliau.
Beliau akan membunuh kera kera yang dewasa dengan hukuman gantung. Tali yang dibuat gelung akan dimasukkan keleher kera dewasa yang terperangkap lalu menjerut leher kera tersebut hingga mati. Katanya, kaedah ini lebih tidak menyiksa kera tersebut kerana dia akan mati dengan lebih cepat.
Selain dari kera kera yang dewasa, terdapat juga anak anak kera yang masih kecil masuk perangkap beliau. Anak anak kera yang comel ni pula dia akan berikan pada budak budak kampung untuk dipelihara. Jadi sekarang ni ada beberapa buah rumah kat tempat tu yang dah ada kera sebagai binatang peliharaan.
Sejak akhir akhir ni, ramai budak budak yang belum mendapat anak kera untuk dipelihara menunggu giliran bila boleh dapat anak kera yang baru masuk perangkap. Bila ditanya pada budak budak yang ada kat situ, mereka akan tahu bila turn mereka untuk dapat anak kera. Mamat ni lepas siapa, budak tu pulak turn yang keberapa. So, permintaan agak tinggi terhadap anak anak kera yang masih kecil ni.
Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi, timbul mentaliti keusahawanan pada jiran aku yang memerangkap kera itu. Sekarang, sesiapa yang ada dalam que untuk dapatkan anak kera tersebut kena beli tali kera dengan harga RM4.50 satu. Dah ramai antara kalangan budak budak kat situ yang memiliki tali kera terlebih dahulu sementara menunggu giliran. So, setiap pembelian tali kera akan mendapat percuma sekor anak kera.
©::.






31 December 2009 | 4:14 am |
575 pembaca.


1373  
708
119944
zaman skng orang pandai cr duit..hehe..x kesian ke die bunuh kera tu..plik je care die tu..
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
January 4th, 2010 at 10:00 am
aku ada tanya soklan macam tu juga kat dia. Tak kesian ker?
Jawapan nya:
Kesian jugak, tapi kalau kesian sangat, beruk beruk ni akan membiak dengan cepat, semua orang kampung akan susah hati, bukan setakat buah dimakan nyer, anak anak getah yg baru ditanam pun habis dipatah patahkan. Jahat sangat. Tu yg aku pakai jerut dgn tali tu spaya tak terseksa sangat.
So… kesian jugak dgn org kampung yg tanamannya dirosakkan olh kera kera ni. Lagipun kera kera ni tak pandai nak serik serik.
[Jawab Komen Ini]
3 January 2010 : 7:40 pm