Musim ombak reda dan semua orang kampung turun ke laut
Sekarang ni kalau kalian datang ke kampung aku kat Pulau Serai, Dungun, suasana agak lengang sedikit. Semalam aku singgah disatu kedai makan kat sini dengan niat nak makan roti canai, tapi yang ada kat situ cuma kaum ibu dua tiga orang yang sedang bercerita. Kerusi meja yang biasa penuh dengan pelanggan, kali ni kosong tanpa ada yang singgah.
“Tak buat roti canai ker kak? Abang mana?” Aku.
”Takder la cekgu, abang pigi mancing”. Kakak, isteri tuan kedai.
”Haha. Mancing sampai tutup kedai”. Aku, menyangkakan abang tu pergi mancing kat sungai mana mana hanya kerana hobi sampai sanggup tinggal kedai.
”Ketawa pulak dia. Abang ke laut. Sekarang ni musim ‘barat’. Ikan banyak” kakak.
”oo…”
Malam tadi masa kat surau pun dua tiga orang yang tinggal tu pun masih jugak bercerita pasal musim ‘barat’ dan hasil tangkapan ikan yang banyak.
“Ada orang yang lebih berani, keluar kelaut dalam sampai 5, 6 jam perjalanan. Memang lumayan la hasilnya. Sotong sampai berpuluh tong bawak balik. Ikan aya (ikan kayu, tuna) tak usah cerita la. Dorang ni balik pun sebab umpan habis jer”. Cerita satu pakcik yang baru balik dari laut.
“Ada satu orang ni dia turun setengah hari jer boleh bawa balik hasil dalam RM4000.00. Itu cuma setengah hari, umpan dia habis.” Sambungnya lagi.
Jadi rupanya sekarang ni musim ikan tengah banyak sebab ombak baru reda selepas ombak besar. Musim ni dorang panggil musim ‘barat’, musim ikan tengah banyak. Musim mewah mereka.
Hari ni dah masuk hari ke tiga dah abang roti canai tak buat roti canai, malah kedainya pun dah tutup dua hari dah. Maksudnya, dia belum balik dari laut la tu.
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
| » Hujan lebat dan ombak makin besar di Dungun » Atuk Ayah » Bila Mereka Tiada » Mandi Sungai » Santai dengan tiga anak jantan sambil lihat ombak besar di Pantai Kuala Abang |
Imej Imej Rawak
|
|






27 January 2010 | 10:46 pm |
228 pembaca.

1384  
712
146754
Salam ….
Keno beringat lar ..
Tiko ado pitih banyok nie …
Keno sipae sipae untuk waktu tengkujuh
[Jawab Komen Ini]
28 January 2010 : 8:47 am
dude, gi la mancing skali
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
February 2nd, 2010 at 2:52 pm
tak sempat aa bro. Kalau ikut dorang mesti kena bermalam kat atas bot. Tak konfiden aa…
[Jawab Komen Ini]
1 February 2010 : 10:17 pm
best gak blog ni…..jiwa kampung sikit bandar sikit macam kame
[Jawab Komen Ini]
18 February 2010 : 2:48 pm