Tokan tikam-tikam dari pekan Pulai Chondong yang terbakar
Gambar kat atas mungkin akan menjadi satu arkib yang bersejarah selepas ini kerana ia adalah gambar deretan kedai lama di pekan Pulai Chondong yang terbakar baru baru ini. (Kredit untuk blog Kampung Dusun Buluh). Antara deretan kedai yang terbakar tersebut adalah sebuah kedai runcit yang menjual berbagai benda dari singlet budak sekolah hinggalah mata kail berbagai saiz. Kami memanggil nya kedai Lee Me Hin, kedai yang tidak pernah tutup walaupun pada hari raya kecuali ada kematian dalam keluarganya atau sehari pada hari raya cina.
Suatu ketika, ia adalah pengedar utama papan permainan tikam tikam yang mana aku sempat membelinya sepapan dengan harga RM1.80 untuk dijual pada budak budak kampung aku.
Permainan tikam tikam lebih kepada unsur unsur perjudian. Gambar kat bawah adalah contoh sepapan permainan tikam tikam sekiranya kalian lahir lewat dan tidak sempat dengan permainan ini.
Jadi ia adalah satu permainan dimana kalian perlu mencabut kertas yang ditampal pada sekeping kertas tebal yang besar tu dan kat dalam kertas yang kalian cabut tu ada nombor. Nombor tadi akan dibandingkan dengan senarai nombor yang dicetak pada kertas utama (kami panggil papan) dan senarai nombor tu pulak ada nilai duit. Let say kalian cabut satu kertas, then kalian bukak ada nombor 24 kat situ, cari nombor 24 kat senarai, kalau ada nombor tu, kalian akan dibayar dengan nilai duit untuk nombor 24. Itu kalau ada dalam senarai, kalau takder, kiranya kalian kalah la, maka kalian akan lebih cenderung untuk membuat cabutan yang seterusnya, sehingga kalian dapat duit atau kalian kehabisan duit.
Untuk membolehkan kalian membuat cabutan, kalian perlu membayar 5 sen (ini cerita 1979, so 5 sen pun susah mau cari bagi budak budak kampung macam kami). Jumlah kertas yang dicabut kat situ ada la kot dalam 80 hingga 100 keping. Jadi total jualan untuk sepapan tikam tikam ialah RM5.00. Tapi kalian perlu ingat juga yang total hadiah yang kalian perlu bayar kalau ada yang kena adalah dalam lingkungan RM3 – RM4, jadi pendapatan bersih pun cuma RM1.00 jer. Itu bukan untung lagi, sebab sepapan tikam tikam dibeli dengan harga RM1.80, Rugi sebenarnya 80 sen.
Untuk mengelak daripada kerugian, sebagai seorang peniaga tikam tikam yang bijak, aku akan terlebih dahulu memeriksa nombor nombor yang ada kat kertas cabutan tadi dengan menggunakan jarum agar kesan dah terbuka tidak kelihatan. Nilai nilai nombor yang dapatannya sebesar 50sen dan RM1.00 telah terlebih dahulu dicabut. So, tidak akan ada pembeli yang akan menang besar. Paling paling pun 20 sen.
Ini adalah satu perniagaan yang mendapat sambutan menggalakkan dari budak budak kampung. Sebaik saja papan tikam dibuka kat tepi jalan atau diatas kepala kalbok (tugasan: cari maksud kalbok), akan berduyun budak budak yang datang dengan duit masing masing. Dalam situasi orang ramai begini, risiko untuk adanya pelanggan membuat cabutan tanpa bayar adalah tinggi. Lebih lebih lagi bila ada orang dewasa yang join sama. Mereka main cabut jer. So, kena berani.
Aku sempat menjalankan perniagaan ini tak sampai satu hari sebab pada petang tu, arwah atuk aku ambik papan tikam yang masih lagi ada nombor yang belum dicabut tu dan bakar api. Judi, katanya. Walaubagaimanapun aku dah balik modal jugak la. Dapat juga untung dalam RM2 lebih gitu. Boleh beli aiskrim dan beli cabutan tikam tikam dari orang lain yang menjual pulak.
Itu adalah cerita yang aku ingat dan aku terlibat bila sebut pasal kedai Lee Me Hin. Kedai yang tidak pernah tidak ada barang yang diperlukan orang kampung. Semua barang dia ada dan dia tak pernah tutup.

Credit to: Nixk.net
Sekarang tidak ada lagi kedai Lee Me Hin, dah terbakar, jadi kemungkinan besar aku perlu cari kedai hingga ke Machang bila kehabisan rokok pada pagi hari raya.
Artikel Lain Yang Mungkin Berkaitan
Imej Imej Rawak
|
|






23 February 2010 | 11:03 pm |
709 pembaca.

1472  
717
239411
Ambo sedih..dulu sokmo jugok beli di roti canai di kedai Alias. Beli barang pengakap di kedai Lee Mee Hin
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
February 24th, 2010 at 9:01 pm
Walaupun pekan Pulai Chondong ni dah suram akibat pembinaan jalan baru yang melencong dari pekan ni, namun keujudan deretan kedai yang terbakar tu at least bagi nafas nostalgia bagi mereka yang lahir dengan IC bemula dengan nombor 70
[Jawab Komen Ini]
24 February 2010 : 10:09 am
aku pun pernah menjual tikam pada tahun 1991. harga masa tu sudah 20sen. hadiah? kata tokey cina tu, boleh dapat skateboard!
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
February 24th, 2010 at 9:02 pm
psstt… berapa dapat untung? Kau ada buang tak nombor yang dapat skateboard tu?
[Jawab Komen Ini]
roshaizul Reply:
February 27th, 2010 at 9:59 pm
aku tanya tokey tu “ada tak papan yang tak boleh menang apa2?” dia bagi aku satu papan khas, mahal sikit, tapi masih ada untung. huhuhuhuhu
[Jawab Komen Ini]
24 February 2010 : 6:06 pm
aku ada gak main tikam2 ni.. tapi budak sekolah bukan ada duit pun.. tgu musim raya atau musim buah.. duit jual buah boleh main heheheh..
[Jawab Komen Ini]
mazudi Reply:
February 24th, 2010 at 9:03 pm
uitss… perempuan mana boleh main tikam tikam, ini permainan untuk budak lelaki… ke ada tokan tikam tikam tu kasi cabutan free?
[Jawab Komen Ini]
24 February 2010 : 7:39 pm
berkecek luai teh….sek2 pula chondo
[Jawab Komen Ini]
2 April 2010 : 4:59 pm