Sifat malas ini merupakan satu sifat yang ada pada semua orang dan kadangkala amat sukar untuk diatasi. Tidak salah untuk jadi malas tapi kita perlukan beberapa alasan yang kukuh supaya agenda malas kita tidak dikesan oleh pihak yang berwajib dan lebih lebih lagi pelajar itu sendiri. Berikut merupakan lima pelan tindakan untuk pengajar yang malas mengajar.
i.
Lima belas minit sebelum masuk mengajar telefon pelajar dan katakan anda ada mesyuarat tergempar yang wajib dihadiri. Untuk lebih meyakinkan lagi, bercakap lah dengan nada yang tergesa gesa dengan nafas yang tersemput semput. Pastikan juga pada masa tersebut anda tidak berada dimeja anda, pergi la mana mana, pejabat pegawai disiplin ker, unit multimedia ker, tempat yang student takleh cari.
ii.
Sediakan satu tugasan yang panjang dan susah untuk pelajar siapkan dalam kelas berdasarkan tajuk yang hendak diajar. Soalan tugasan anda boleh cilok mana mana, samada dari internet atau soalan yang disediakan oleh kawan sepejabat anda. Kalau nak lagi lama anda berada dalam keadaan santai, biarkan pelajar siapkan tugasan tersebut secara individu.
iii.
Diawal semester pecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan dan berikan satu topik tugasan mengikut modul untuk setiap kumpulan. Arahkan pelajar untuk buat tugasan tersebut dan untuk minggu minggu yang seterusnya setiap kumpulan hendaklah membuat persembahan yang detail berkenaan tajuk yang diberikan dalam kelas. Pastikan bilangan kumpulan dan bilangan topik yang perlu persembahkan oleh pelajar adalah mengikut minggu dan berakhir bila semester berakhir.
iv.
Buat buat sakit. Masuk kelas dengan terbatuk batuk dan bercakap dengan nada yang perlahan dan suara yang hampir tidak kedengaran. Bila suara tak keluar macamana nak mengajar. Suara ni jugak merupakan aset utama seorang pengajar. Panggil seorang pelajar untuk tolong anda ambil kehadiran, lepas tu suruh pelajar balik.
v.
Anda masuk kelas seawal 10 minit sebelum kelas bermula. Biasanya pada waktu seawal ini pelajar masih belum ada yang masuk. Bila pelajar masuk dan masa mengajar dah masuk ke minit yang kelima, anda buat muka garang dan marah marah. Katakan pada pelajar yang anda telah menunggu lama kat situ dan pelajar lewat masuk kelas. Anda buat muka merajuk dan batalkan kelas.


July 10th, 2008 at 8:55 am
hahaha…
tektik 1,3 selalu sgt lect buat. hahaha…. pemalas betul~
July 10th, 2008 at 10:32 am
lecturer malas takpe, jangan pelajar yang buat perangai. Bila dah bergelar siswa ni dah tak boleh culas-culas dah ~kata-kata untuk diri sendiri~
July 10th, 2008 at 12:26 pm
wah!!! lima teknik yang hebat!! aku pasti akan mengaplikasikannya!!!
July 10th, 2008 at 2:30 pm
tektik 1,2 dan 4 pernah aku lakukan masa aku mengajar dahulu eheh. rupanya ada banyak cara lagi. eheh
July 10th, 2008 at 4:31 pm
@azrn:
Alamak lepas ni student akan tau la camana tektik lecturer yg malas.
@MakLan
Ya. Sebagai seorang pelajar kita hendaklah sentiasa bersikap rajin dan bersopan santun.
@roshaizul
Betul ni bro. Sepanjang pengalaman aku, teknik ni boleh digunakan.
@megat
Uihh… ini baru lima ni bro. Banyak lagi kaedah yang lebih bagus tapi aku terpaksa rahsiakan kat sini. hahah.
July 10th, 2008 at 6:01 pm
ada gak taktik-taktik die yerk..
July 10th, 2008 at 6:01 pm
bagus ni kaedah2 yg di terapkan. hehe.
dulu pensyarah sy lg hebat. dia ajar lima minit..terus abis kelas.
dia kata, “tak elok belajar byk2.. jgn tamak, nnt rugi..”
hahaha. nasib baik subjek tu lulus.
July 10th, 2008 at 7:12 pm
@aman
Ada. Semua barang ada tektik dia.
@Fitri
haha.. itu langkah yg berani yg dilakukan oleh pensyarah kau.
July 10th, 2008 at 8:54 pm
Ooo..patutlah. masa aku belajar dulu ada lecturer buat cam tips no (i) tu. Oooo..dah kantoi..
July 11th, 2008 at 11:33 am
…
Kalau aku lak, “masuk lab komputer, bukak website, jawab soalan online” aku observe dari meja komputer aku.
Bila dah siap terus ada result keluar. aku leh berinternet kat depan sementara budak jawab soalan.
hhehehheh…
July 11th, 2008 at 1:33 pm
hahaha.. siap share tips tu..
July 11th, 2008 at 4:49 pm
Nanti aku bagi tips ni kat adik aku. Dia pengajar juga.
July 12th, 2008 at 3:38 pm
ko memang cikgu yang hebat ehehehe. ku dah agak dah. cikgu2 ku dulu mesti pakai tektik2 neh jugak ehehe.
p/s: klu ku jadi cikgu ku pong akan buat bende yang sama ehehehe.
July 12th, 2008 at 7:33 pm
Wah, best ni, bleh aku guna kat sekolah nanti kalau ada emergency. hehehe…
p/s: Bro, kalau tak keberatan, boleh buat tutorial tak untuk buat menu kat header blog ni? Macam best ja tuh, hehe.. =)
July 12th, 2008 at 7:35 pm
cis, ada judak orang gini. haha.