Barang Dah Sampai

Tarikh: 21 January 2008 by mazudi

16 Januari 2008

Aku: Hello. Barang saya dah sampai ker?

Forwarding : Ya. Incik nyer barang dah ada kat Port Klang, dalam proses nak keluar dari Port. Mungkin 18hb ni dah boleh sampai kat rumah incik. Boleh kami mintak address dengan no telefon incik tak?

Aku : Ok. Ini address saya. xxxx, Dungun, Terengganu. Dan ini no tepon saya, 016-xxxx.

Forwarding : Tq.

Barang Dah Sampai

 17 Januari 2008

Aku : Hello. Saya Mazudi, yang dekat Dungun tu…

Forwarding : Haa.. Incik Mazudi, sib baik incik call, kami baru nak call. Barang incik dah ada kat luar tu, cuma nak confirm address ni balik ngan incik. bla..bla..bla..Dungun, Terengganu.

Aku : Ya. Betul.

Forwarding : Boleh kami hantar pakai kontena yang 20 kaki tu ker? Boleh masuk ker rumah incik.’

Aku : Lebih baik jangan. Saya tak rasa benda sebesar tu bole masuk lorong rumah saya.

Forwarding : Ok. Kalau macam tu, kami pakai lori. Petang ni jalan, besok sampai la tu.

18 Januari 2008, 11.00 am.

Aku : Hello. Saya Mazudi, yang dekat Dungun tu…

Forwarding : Haa… Incik Mazudi, sib baik call. Barang incik dah ada kat Dungun dah tu. Kenapa saya call dari pagi tak dapat dapat.

Aku : haa? Pasal tak dapat plak. Ok bagi saya nombor drebar lori tu. Biar saya call.

Forwarding : Ok, ini nombor drebar lori tu. 013-xxxxxxx.

Call pulak drebar tu.

Aku : Hello. Saya tuan punya barang yang dekat Dungun. Kat mana ni?

Drebar : Haa.. bang.  Kami sekarang kat Minimarket Bla..bla. Dari jam 6.00 pagi kat kat sini bang. Contact abang takleh.

Aku : Loo.. ok. Tunggu kat situ jap, kejap lagi saya sampai.

Aku pergi kat tempat lori tu parking dan bawak balik rumah. Minta nak tengok list barang barang, takder dengan dorang. Yang ada cuma resit penghantaran yang aku kena sign, bila tengok kat resit tu, no tepon aku 012-xxxxxxx bukan nya 016-xxxxxxx. Patut laa…

Dua jam pastu, rumah aku dah takleh nak masuk sebab penuh dengan kotak kotak barang.

Dua hari selepas barang sampai tu, aku kena kerja keras untuk susun balik barang barang. Nak cari satu hal, nak bukak satu hal, nak susun satu hal. Dapur jumpa pada hari pertama dia hantar, tapi tube gas baru jumpa malam tadi.

Hari ni, aku rasa macam nak demam. Habis sakit satu badan.

Terdapat 12 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Komen Dari Norashady:

    Bersakit-sakit dahulu takpo…bersenang-senang selamonyo di Semenanjung… Huhuhu..Bilo la buleh mitok kelek getek nih…

  2. Komen Dari Azhar Ahmad:

    Biasalah, mengemas barang… Yang saya nih nanti nak pindah ke pahang plak… adeh la….

  3. Komen Dari debik:


    aduu…mesti letih… aku xtau la bila aku abis belajar nanti nak kena bawak barang kat Pahang guane.. Anyway… dapat balik semenanjung gak… kurang la elaun skit…

  4. Komen Dari debik:


    aduu…mesti letih… aku xtau la bila aku abis belajar nanti nak kena bawak barang kat Pahang guane.. Anyway… dapat balik semenanjung gak… kurang la elaun skit… (ye ke?)

  5. Komen Dari pB:

    SELAMAT YIMPAN MENYIMPAN ….

    KOTAK TU JANGAE DIBUANG. KUMPUL DAN JUAL ….

  6. Komen Dari LediAgli:

    Minyak masak dah sampai la?

  7. Komen Dari hayad:

    minyak masak jumpe tak? kekeke

  8. Komen Dari mazudi:

    @Lediagli, @hayad
    Hahah.. ha’aaa, sib baik korang kasi ingat. Ada kot. Tapi kotak mana ya….

  9. Komen Dari BP@JP:

    Macam itulah. Leceh dan banyak kerja pindah-pindah ni kan?

  10. Komen Dari megat:

    Alhamdulillah semua barang dah selamat sampai.

  11. Komen Dari Adadia:

    selamat datang ke semenanjung.

  12. Komen Dari supiah:

    encik mazudi,
    nak tanya sikit la…

    kalau kita buat surat permohonan untuk tukar ke sabah.
    adakah kita layak utk mohon kargo utk angkut barang2 kita dan keta?
    dan claim yang lain2 pon boleh ke?

    sebab ada rumours mengatakan tidak boleh kalo kita memohon pindah.
    betui ka?

Leave a Reply

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,935

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :889
    AllTheWeb :184
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  1463

META