Arkib | Kehidupan

Tags: , ,

Selamat Hari Raya

Posted on 28 September 2008 by mazudi

Semoga semua beroleh keberkatan dihari yang mulia ini serta keinsafan yang berterusan dengan kejayaan Ramadhan yang telah berlalu.

Comments (5)

Tags: , , ,

Layan Lagu Raya

Posted on 20 September 2008 by mazudi

Dekat dekat dengan raya ni mesti kalian suka nak dengar lagu raya jugak kan. Lagu raya akan lebih terasa feel dia bila kalian bukan berada dikampung sentosa kalian dan ada upacara balik kampung. Bagi kaum bujang yang cukup sebulan puasa Ramadhan nya, mendengar lagu raya akan menambahkan lagi rasa kesayuan untuk balik kampung dan cepat cepat nak beli tiket raya.
Continue Reading

Comments (5)

Tags:

Hari Pertama Puasa Dalam Hidup

Posted on 11 September 2008 by mazudi

Anak aku yang sulung si Syafique semalam tetiba tak mau sarapan pagi sebelum gi sekolah. Nak puasa katanya. Si angah pun terikut ikut tak nak ambik breakfast. Aku tergelak dalam hati. Ok la tu, ada semangat nak cuba apa yang orang tua dia buat. Bila ambik dorang tengahari tu, aku tanya balik, tadi makan apa kat sekolah. Makan mi kecik katanya. Bihun la tu. Huhu. Kalian start puasa umur berapa? Maksud aku puasa penuh satu hari la. Yang separuh separuh tu tak yah la kira.
Continue Reading

Comments (12)

Tags:

Marhabban Ya Ramadhan

Posted on 03 September 2008 by mazudi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan Ramadhan kembali tiba.
Bersama kedatangan bulan yang baik ini semua umat Islam diseru
memperbanyakkan muhasabah diri dan mempertingkatkan keimanan dan
ketakwaan demi menjadi muslimin dan muslimat yang diberkati hidupnya.
Usia kita tidak lama tapi kalau ia dimanafaatkan dengan amal soleh
sudah tentu ia akan menjadi bekalan yang baik untuk kehidupan di alam
barzakh seterusnya persediaan di padang Mashyar kelak.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf andai
selama berhubung dengan semua pihak ada terkasar bahasa maupun
perkataan dan perbuatan. Dipohon ampun dan maaf kepada semua yang
mengenali Penulis. Semoga hubungan ukhuwah akan terjalin dengan baik
dan berkekalan dengan izin Allah.

wassalam,
Mazudi

Comments (6)

Tags: , , ,

Nasi Dagang Dungun, Terengganu

Posted on 11 August 2008 by mazudi

Kalau kalian datang ke Terengganu, menjadi satu kewajipan untuk kalian merasa nasi dagang Terengganu.  Biasanya nasi dagang ni dihidangkan sebagai sarapan pagi kat sini. kebanyakan warung dan kedai makan kat Dungun ni, bila kalian masuk untuk bersarapan, akan ada nasi dagang yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang.  Satu keunikan yang ada padanya disamping menggunakan gulai ikan tongkol sebagai lauknya serta ditambah dengan acar timun. Harganya dikala semua harga barang naik ni secara puratanya ialah RM2.50.
Continue Reading

Comments (20)

Tags: ,

Gerhana Matahari 1hb Ogos 2008

Posted on 10 August 2008 by mazudi

Kalian pernah merasa suasana gerhana matahari tak? First time aku merasai suasana gerhana matahari ialah pada tahun 1978 kalau tak silap. Kecik lagi, ingat ingat lupa. Tapi ingat suasana dia. Masa tu aku selalu main main kat sawah, dan suasana bila gerhana tu tiba agak mendung sedikit. Agak lama jugak gerhana matahari kali tu. Ingat lagi bagaimana kami tengok matahari pakai kaca botol pecah, sebab TV pesan jangan tengok matahari secara direct.
Continue Reading

Comments (2)

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,935

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :889
    AllTheWeb :184
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  1493

META