Cari Barang Mainan Terpakai Di Rengit

Teruja tengok koleksi makcik ni. Semua tu second hand

Last week kami satu family pergi Johor. Aku ada lecture kat UTHM. Orang panggil mengajar Dreamweaver CS4. Empat hari kami kat sana. Sebenarnya ibu awal awal lagi dah plan nak pergi cari barang mainan terpakai kat Rengit untuk kedai online dia kat qistinastore.blogspot.com

(more…)

Jamuan Akhir Tahun sekolah zaman dulu dulu

Anak anak jantan ayah kat muzium KT

Semalam Shafique ada bagitau yang esok (Khamis), ada jamuan kat sekolah dia. Jadi cikgu dia suruh bawa kuih untuk sama sama makan masa jamuan tu nanti. Ibu cadangkan dia bawa keropok dalam bekas plastik tu sama kuih jemput jemput. Tak mau dia, katanya itu bukan kuih, kalau kek baru dia mau bawak.

(more…)

Lawatan Atuk ke Masjid Kristal

Flight Atuk sampai kat Airport KT pada pukul 8:55pm, 28 Oktober 2009. Dah berbulan dia plan nak datang sini.

So, semalam hari Jumaat, aku bawak dia gi melawat KT, pergi pasar Payang, beli kain untuk buat baju batik then lepas sembahyang Jumaat, aku bawak dia gi masjid kristal.

Dia datang rumah kami selama 3 hari, pagi tadi aku hantar dia balik dengan flight Air Asia jam 7:20 pagi dari KT. Dia transit kat KL sebelum

Ini antara gambar yang sempat aku dan atuk ambik.

(more…)

Bila Mereka Tiada

Daniel Baru Mandi

Sebelum raya haji hari tu, wife balik kampung kat Tawau, Sabah. Dia bawa Qistina sama memandangkan keluarga kat sana belum lagi jumpa Qistina. Selepas hari raya hari tu pulak, disebabkan takder orang nak jaga anak jantan aku yang tiga orang lagi tu, jadi kena tinggalkan dia orang ngan atuk dan nenek dorang kat kampung. Kebetulan sekarang ni musim cuti, sekolah dan IPT, jadi ramai la orang kat sana yang boleh tengok tengokkan.
(more…)

Telinga angah tersumbat

Telinga angah tersumbat
Dua tiga hari lepas bila ibu nak bersihkan telinga angah, mengaduh dia kesakitan. Rupanya telinga dia dah tersumbat. Keras lagi tu. Patut la kalau disuruh dua tiga kali dim jer tak nak bergerak, tak dengar rupanya.

Kejap tadi keluar i farmasi gi cari ubat ni. Soluwax. Ibu cek kat internet, katanya dalam 2 – 3 hari jgk baru blh buang semua. Makcik kat farmasi ckp, lepas tiga hari elok gi klinik suruh doktor cuci.

Tunggu dia tidur baru bubuh.

Tujuh Hari

Hari Selasa hari tu buat sikit kenduri kat kampung di Kelantan. Mereka panggil kenduri bercukur. Mak aku cakap adalah lebih afdal kalau buat majlis ni pada hari ketujuh selepas dilahirkan, tapi disebabkan sekolah masih belum cuti, jadi tak dapat la aku nak balik kampung. Ada beberapa prosedur yang lain yang agak menarik untuk dipaparkan sebelum dan semasa majlis bercukur tu dijalankan pada waktu tengah hari.
(more…)

Terima Kasih Hospital Dungun

Telah banyak aku dengar cerita cerita yang kurang menyenangkan bila bawa isteri untuk bersalin dihospital kerajaan. Lebih lebih lagi bila hospital daerah yang kecil seperti di Dungun ini. Sebelum kami berpindah ke sini, ibu bersalin di KK. Hospital kat sana besar dan agak tidak adil kalau nak banding dengan hospital daerah seperti Dungun. Jadi, expectation kami hanyalah untuk menerima layanan yang paling minima berbanding sejarah sebelum ini dihospital yang lebih besar.
(more…)