Posted on 21 July 2008 by mazudi
Diawal awal semester macam ni bila kalian kena menguruskan pendaftaran modul untuk pelajar pelajar dibawah seliaan kalian, baru kalian akan tahu betapa jemunya untuk masukkan setiap satu subjek yang diambil oleh setiap pelajar kedalam sistem berkomputer itu. Itu belum lagi diambil kira dengan seribu satu kesilapan dan borang pendaftaran yang tidak diisi dengan lengkap oleh pelajar kalian. Sebagai langkah terakhir, ada masanya kalian terpaksa menggunakan telefon mudah alih kalian untuk menghubungi pelajar tersebut berdasarkan nombor telefon yang disertakan pada borang pendaftaran modul untuk membetulkan kesilapan pendaftaran.
Continue Reading
Posted on 10 July 2008 by mazudi
Sifat malas ini merupakan satu sifat yang ada pada semua orang dan kadangkala amat sukar untuk diatasi. Tidak salah untuk jadi malas tapi kita perlukan beberapa alasan yang kukuh supaya agenda malas kita tidak dikesan oleh pihak yang berwajib dan lebih lebih lagi pelajar itu sendiri. Berikut merupakan lima pelan tindakan untuk pengajar yang malas mengajar.
Continue Reading
Posted on 07 July 2008 by mazudi
Rasanya ok jugak untuk share info ni kat sini. Terdapat jawatan kosong sebagai pensyarah di politeknik Malaysia sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 dan DH29 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaaan iklan jawatan kosong ini dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Continue Reading
Posted on 28 May 2008 by mazudi
Sejak kebelakangan ni banyak pula masa menyelongkar Facebook. Bak kata Megat, ada banyak aplikasi yang menarik yang ada kat sana yang membuatkan aku terleka. Pandai phsychology engineering mereka ni. Lagipun ada ramai member member zaman BBS.RINDU.NET dulu yang muncul balik kat Facebook. Selain pakai PC kat opis dan notebook aku ni, aku biasa access Facebook pakai henset dalam versi mobile. Seperti hari ni, masa tengah jadi pengawas exam tadi, sempat juga hantar satu note kat Facebook pakai keypad henset aku. Entri ini sebenarnya aku ambik dari Facebook note yang aku taip masa jaga exam tadi.
Continue Reading
Posted on 25 May 2008 by mazudi
Setiap kali bila semester baru bermula aku suka untuk mengingatkan student aku yang mereka semua pada hari tersebut telah ada 4.00 point untuk subjek yang aku ajar. Tinggal lagi mereka perlu maintain markah tersebut sehingga hujung semester dengan buat semua assignment dengan betul, jawab semua kuiz dengan betul, jawab kertas ujian dengan betul dan jawab final exam dengan betul. Aku sebagai pengajar, aku cakap kat mereka, akan sentiasa cari kat mana salah mereka dan akan dari semasa ke semasa mengurangkan markah mereka.
Continue Reading
Posted on 23 April 2008 by mazudi
Salah satu perkara yang mungkin menakutkan juga dalam hidup ialah bila kita tersilap tengok jadual atau apa apa schedule, atau mungkin juga kita mati mati konfiden bahawa masa yang kita berada tu adalah masa yang sebenarnya. Sekiranya kita sedar dengan sendiri akan kesilapan tersebut, keadaan mungkin akan jadi normal, tapi apa kata kalau yang membuatkan kita sedar akan kesilapan tersebut adalah orang lain atau situasi tertentu, yang mungkin ekstrem.
Continue Reading