Bookmark and Share


Twitter » 

Kategori : ‘Pengajar’

Silap Jadual

23 April 2008 | 12:10 am

Salah satu perkara yang mungkin menakutkan juga dalam hidup ialah bila kita tersilap tengok jadual atau apa apa schedule, atau mungkin juga kita mati mati konfiden bahawa masa yang kita berada tu adalah masa yang sebenarnya. Sekiranya kita sedar dengan sendiri akan kesilapan tersebut, keadaan mungkin akan jadi normal, tapi apa kata kalau yang membuatkan kita sedar akan kesilapan tersebut adalah orang lain atau situasi tertentu, yang mungkin ekstrem.
Seterusnya… »

Tanpa Kertas

30 January 2008 | 11:42 pm

Projek pengumpulan data staff secara online yang aku dipanggil untuk turut terlibat semalam adalah satu projek yang dah lama dijalankan. Objektif dia adalah untuk memudahkan semua pihak dari peringkat bawah hingga ke peringkat atasan mencapai data staff dengan mudah dan menyeluruh. Data data termasuk personal profile, sejarah perkhidmatan serta pencapaian pencapaian yang telah diperolehi oleh staff. Selain dari itu, terdapat juga borang borang berkenaan perkhidmatan yang boleh diakses dari website tersebut.

Apa yang menjadi permasalahan adalah ke efisiensi penggunaan aplikasi tersebut. Tak ramai staff yang masuk dan menggunakannya,walaupun enjin perisian yang dibangunkan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Seolah olah, untuk memacu masyarakat dari menggunakan borang bercetak ke paperless media, bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa yang singkat.

Seterusnya… »

Smile And Play Fool

14 January 2008 | 9:00 am

Jadi semalam adalah hari pertama aku bertugas di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun. Dah banyak tempat aku kerja dan hari pertama selalu buat aku nervous, walaupun dah tua tua macam ni. Nervous bukan apa, sebab kita tak tahu the next action yang kita nak kena buat, semua nak kena orang lain mulakan dulu, pastu kita follow. Serba salah.

Pagi pagi semalam bila sampai, lepak kat ruang tamu ofis sensorang. Dah blur kat situ, tunggu kot kot ada sapa sapa yang dikenali, boleh angguk kepala dan start conversation. Seterusnya… »

Jawapan Dari Pelajar Politeknik

12 January 2008 | 10:01 pm

Entri ini sebenarnya adalah jawapan atau komen dari seorang bekas pelajar politeknik yang sedang menjalani pengajian di Universiti untuk entri bertajuk Lepasan Politeknik Di Universiti. Yazid ada beberapa point dari persepsi seorang pelajar. Aku merasakan jawapan dari beliau ini sesuai untuk aku tempatkan di muka hadapan blog ini agar ramai antara kita boleh baca, bagi mereka yang berkenaan dan terkena batang hidung, bolehlah sedikit sebanyak dijadikan panduan. Seterusnya… »

Proses Pindah

28 December 2007 | 10:45 pm

Sebenarnya surat permohonan untuk berpindah aku dah buat dalam bulan June 2006 hari tu lagi. Terlalu banyak meja yang surat tu kena singgah sehinggalah pada bulan Oktober 2006, permohonan pindah aku dibawa ke mesyuarat perpindahan di Putra Jaya. First meeting agak mengecewakan sebab permohonan aku kena KIV dulu sebab nak bagi peluang pada orang lain. Second meeting, permohonan aku di KIV kan lagi dengan sebab yang aku tak tau. Nasib baik ada kawan dekat Putra Jaya yang sudi nak tolong dan bawa surat permohonan aku terus jumpa Dato’ Ketua Pengarah. Baru mereka tahu yang aku dah lapan tahun kat Sabah dan memang layak untuk dipertimbangkan untuk pindah. Pada 17hb Disember 2007 aku dapat surat pindah dan kena lapor diri di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada 01hb Januari 2008. Seterusnya… »

Page 2 of 4
«1234»