Posted on 18 July 2008 by mazudi
Hari Isnin baru ni adalah hari pendaftaran modul untuk pelajar pelajar lama kat politeknik sini. Untuk memudahkan proses pendaftaran tersebut, kami dikumpulkan di satu dewan, jadi pelajar lebih mudah untuk cari dan tandatangan pensyarah modul masing masing dibawah satu bumbung. Seperti biasa, pelajar akan mengisi borang pendaftaran modul mengikut modul yang diambil, nama pensyarah setiap modul dan tandatangan pensyarah tersebut. Ada sesuatu yang melucukan tentang status pensyarah perempuan, samada Cik atau Puan bila melihat pada borang pendaftaran.
Continue Reading
Posted on 08 July 2008 by mazudi
Semalam student baru mula mendaftar kat politeknik. Hari sebelumnya aku diberitahu yang aku kena bertugas kat dewan pendaftaran sebagai orang yang megesahkan segala dokumen, sijil sijil dan keputusan SPM adalah betul dan sama seperti dalam borang permohonan dan data yang telah diproses. Continue Reading
Posted on 23 April 2008 by mazudi
Salah satu perkara yang mungkin menakutkan juga dalam hidup ialah bila kita tersilap tengok jadual atau apa apa schedule, atau mungkin juga kita mati mati konfiden bahawa masa yang kita berada tu adalah masa yang sebenarnya. Sekiranya kita sedar dengan sendiri akan kesilapan tersebut, keadaan mungkin akan jadi normal, tapi apa kata kalau yang membuatkan kita sedar akan kesilapan tersebut adalah orang lain atau situasi tertentu, yang mungkin ekstrem.
Continue Reading
Posted on 12 January 2008 by mazudi
Entri ini sebenarnya adalah jawapan atau komen dari seorang bekas pelajar politeknik yang sedang menjalani pengajian di Universiti untuk entri bertajuk Lepasan Politeknik Di Universiti. Yazid ada beberapa point dari persepsi seorang pelajar. Aku merasakan jawapan dari beliau ini sesuai untuk aku tempatkan di muka hadapan blog ini agar ramai antara kita boleh baca, bagi mereka yang berkenaan dan terkena batang hidung, bolehlah sedikit sebanyak dijadikan panduan. Continue Reading
Posted on 02 January 2008 by mazudi
Aku hantar emel kat satu student aku. Bukan nak tanya kabar atau nak suruh tengok gambar yang aku attach kat email tu, tapi nak suruh dia hantar buku aku yang dia pinjam sebelum exam dulu. Bila takder apa apa respon dari dia selepas dua tiga hari, aku pun cari nombor telefon dan SMS kat dia. Tak sampai lima minit lepas tu dia reply dan sejam kemudian buku aku tu dah ada kat atas meja aku. Terdetik di kepala aku yang penggunaan emel di era ini bukan lagi satu kaedah komunikasi yang seefektif era sembilan puluhan dulu. Continue Reading
Posted on 19 December 2007 by mazudi
Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah Institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan kilang dan industri. Sasaran pelajar yang memasuki politeknik adalah mereka mereka yang berkelepasan SPM. Namun kebanyakan yang memasuki politeknik adalah pelajar yang gagal melanjutkan pengajian ke Universiti. Jadi politeknik berfungsi sebagai penapis bagi golongan pelajar ini, manakala bagi mereka yang lain yang tidak berjaya memasuki politeknik, terdapat Institusi latihan teknikal yang lain seperti ILP dan IKBN. Sistem pendidikan sebegini dibuat supaya tidak ramai lepasan SPM yang tercicir. Continue Reading