Bookmark and Share


Twitter » 

Kategori : ‘Pelajar’

Email diera ini

2 January 2008 | 12:30 am

Aku hantar emel kat satu student aku. Bukan nak tanya kabar atau nak suruh tengok gambar yang aku attach kat email tu, tapi nak suruh dia hantar buku aku yang dia pinjam sebelum exam dulu. Bila takder apa apa respon dari dia selepas dua tiga hari, aku pun cari nombor telefon dan SMS kat dia. Tak sampai lima minit lepas tu dia reply dan sejam kemudian buku aku tu dah ada kat atas meja aku. Terdetik di kepala aku yang penggunaan emel di era ini bukan lagi satu kaedah komunikasi yang seefektif era sembilan puluhan dulu. Seterusnya… »

Lepasan Politeknik di Universiti

19 December 2007 | 10:18 am

Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah Institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan kilang dan industri. Sasaran pelajar yang memasuki politeknik adalah mereka mereka yang berkelepasan SPM. Namun kebanyakan yang memasuki politeknik adalah pelajar yang gagal melanjutkan pengajian ke Universiti. Jadi politeknik berfungsi sebagai penapis bagi golongan pelajar ini, manakala bagi mereka yang lain yang tidak berjaya memasuki politeknik, terdapat Institusi latihan teknikal yang lain seperti ILP dan IKBN. Sistem pendidikan sebegini dibuat supaya tidak ramai lepasan SPM yang tercicir. Seterusnya… »

Kekerasan Bahan

9 December 2007 | 10:15 am

Kekerasan sesuatu bahan ditakrifkan sebagai kebolehan sesuatu bahan menahan dari cakaran. Semakin sukar bahan tersebut tercakar, maka semakin tinggi nilai kekerasannya. Namun begitu, semakin keras sesuatu bahan nilai  kerapuhannya juga akan bertambah. Ini berkait dengan peratus kandungan karbon dalam bahan tersebut. Jadi, sepatutnya kita kena kawal kandungan karbon dalam bahan supaya ia boleh jadi keras dan dalam masa yang sama dia ada sifat liat.

Student nampaknya boring dengan teori yang sebegini. Seterusnya… »

Moral Dari Lawak

28 November 2007 | 12:10 am

Satu masa, aku bercerita dalam kelas pada student aku. Cerita yang aku ambik dari satu forum, tapi telah disesuaikan mengikut keadaan setempat.

Ada tiga orang kawan yang buat ekspedisi. Mereka masuk kedalam satu kawasan yang terdapat satu kaum orang asli yang makan orang. Dipendekkan cerita, tiga orang kawan tadi telah ditangkap oleh kaum kanibal tu. Seterusnya… »

Bila Ada Tekanan

25 November 2007 | 9:49 pm

Minggu lepas ada persembahan projek oleh pelajar diploma semester akhir. Semua pensyarah termasuk aku ditugaskan untuk menilai persembahan dan hasil projek yang telah siap. Rata rata projek semester ini lebih baik dari sebelumnya, namun ada beberapa kelemahan yang perlu kami fikirkan. Semalam, sempat kami duduk bersama dan bincangkan hasil projek yang kami nilai. Bukan post mortem tapi perbincangan biasa. Seterusnya… »

Page 2 of 3
«123»