Semalam student baru mula mendaftar kat politeknik. Hari sebelumnya aku diberitahu yang aku kena bertugas kat dewan pendaftaran sebagai orang yang megesahkan segala dokumen, sijil sijil dan keputusan SPM adalah betul dan sama seperti dalam borang permohonan dan data yang telah diproses.
Jam 10.30am, time aku dan member sebelah dah mula penat, masuk satu student ni kat meja aku.
“Sila keluarkan IC, Surat Tawaran dari politeknik, keputusan SPM dan slip bank pembayaran yuran awak, yang ori ya. Saya tak nak yang photostat.” Aku.
“OK”, Student, sambil kelam kabut mencari cari dokumen yang aku cakap kan.
“Ini IC, ini result SPM, ini surat tawaran dan slip bank” Student.
Aku ambik semua dokumen dan IC.
Terpikir sekejap aku dalam kebingungan dan kepenatan dalam 16 saat.
“Awak ni lelaki ke pompuan ni?” Aku.
“Kenapa bang?” Student.
“Gambar pompuan kat IC awak” Aku
“Hah!?” sambil ambik balik ic dari tangan aku.
“Alamak! IC mak saya. Mana IC saya ya” dengan muka terkejut dan gelabah.
“Hahah. Apa la kamu ni. Camana mak awak nak gi klinik nanti ni. Awak ambik dulu semua semua ni, gi dulu cari IC awak eek. Saya tak berani nak daftarkan awak ni”
Sampai tengahari aku tak nampak nampak lagi student tu datang balik.


July 8th, 2008 at 2:44 pm
la haru biru dibuatnya…miahahaaaa..
July 8th, 2008 at 3:11 pm
alahai, kesiannya. tapi IC ni benda penting. kene selalu di bawa kemana-mana sja. apa daa…
July 8th, 2008 at 4:41 pm
apahal la ic mak dia pulak yang dia bawak tu???
July 8th, 2008 at 7:13 pm
@chot
Kau tak nampak lagi camana birunya muka mamat tu
@syam
Ya. Tapi kalau ic mak pun dibawak sekali, tak ker susah mak dia nak gi mana mana nanti.
Tak pulak aku tengok budak tu dari mana. kalau la dari Johor dan mak dia tak menghantar semalam.
@lanrambai
Tak sempat plak aku nak tanya.
July 8th, 2008 at 7:59 pm
Yang peliknya, macam mana la dia boleh tersilap amik IC mak dia. Ish3. Dah tu pulak, takkan la mak dia pun tak tahu yang anak dia sebat IC dia.
July 8th, 2008 at 8:24 pm
@Cypherhackz
Aku ingatla kan, time sibuk nak kena potostat ic mak ayah sebelum gi daftar tu, dia terbagi ic dia kat mak dia, pastu dia bawak ic mak dia gi gi daftar.
July 8th, 2008 at 11:10 pm
hehe..camne bleh tertukar tu. kes kelam kabut la tu.
July 8th, 2008 at 11:55 pm
kesian mamat tu… tak pasal pasal kena balik.. kalau rumah dia jauh macam mana… hehe
July 9th, 2008 at 12:02 am
Ha ha ha..
Kesiannya..
Kalau jauh lagi payah nak daftar,,,
July 9th, 2008 at 1:59 am
Saya dulu pernah kena marah dengan abang semasa nak mengambil keputusan peperiksaan. Masa kerani mintak IC saya terlupa bawa. Pastu kena marah dengan abang, dia cakap “IC tu macam nyawa”.
July 9th, 2008 at 6:23 am
kuikuikui…
terlepas pandang tue..
July 9th, 2008 at 7:22 am
Macam ni pon boleh terjadi ya
July 9th, 2008 at 3:07 pm
macam ni punye budak pun ada ker..
July 10th, 2008 at 9:14 am
@penyubiru
Kelam kabut tahap melampau
@zino
Kesian pun ada jugak, tp aku kena buat cenggitu. Takut ada problem plak lepas lepas ni.
@starline
Jangan lupa bawak ic, ic tu macam nyawa. hahaha
@afham
Mungkin eek. Dah banyak sangat mender lain nak kena prepare.
@Fahmishah
Ada. Yang lain lain lagi pelik pun ada.
@titan
Ada. Lebih lagi pun ada.
July 12th, 2008 at 10:36 pm
salam..
so, the moral value is don’t forget to check is it ur ic or another person ic in ur wallet…
hehehe!!
sebelum pendaftaran ke ape…patutnya kenela cek dulu lengkap tak semuanye..
July 15th, 2008 at 1:30 pm
salam perkenalan mazudi
ni dah kategori kelakar nih…excited sebab dapat sambung belajar…ni le kenangan dia lepas grad nanti..
July 15th, 2008 at 3:28 pm
nampaknya kena courier by bus lah IC tu..tak kan nak balik amik kot, kalu JAUH…kalau rumah kat area2 SURA jer, takderlah masalah
September 11th, 2008 at 10:01 pm
sape la mamat tuh,hmm nak cakap dia x daftar,rase mustahil kot.awk salah nampak kot…..hmm sian budak tuh..hmm rezki dia,,,nak buat camner