Silap Nombor la beb.
Diawal awal semester macam ni bila kalian kena menguruskan pendaftaran modul untuk pelajar pelajar dibawah seliaan kalian, baru kalian akan tahu betapa jemunya untuk masukkan setiap satu subjek yang diambil oleh setiap pelajar kedalam sistem berkomputer itu. Itu belum lagi diambil kira dengan seribu satu kesilapan dan borang pendaftaran yang tidak diisi dengan lengkap oleh pelajar kalian. Sebagai langkah terakhir, ada masanya kalian terpaksa menggunakan telefon mudah alih kalian untuk menghubungi pelajar tersebut berdasarkan nombor telefon yang disertakan pada borang pendaftaran modul untuk membetulkan kesilapan pendaftaran.
PA : Hello. Assalamualaikum.
Dia : wa’alaikumsalam.
PA : Ini Shaikh Ali bin Syaikh Abd Rahman Ker? Awak ada ulang subjek Termodinamik 1kan?. Kelas mana awak masuk ni? Seksyen berapa? Berapa kali mau saya pesan, tolong letakkan kat sini kelas dan seksyen, sekarang macam mana saya nak key in ni. Awak kat mana ni? Ada jadual tak? Tolong tengok kelas dan seksyen untuk subjek Termo awak ni.
Dia : Mintak maaf deh. Kito ni orang kapong jah ni. Tak dok nama Syaid Syaid. Kita dok dalang kebung getah ni. Tengoh noreh getoh.
PA : ohh… ini bukan pelajar politeknik ker?
Dia : Dok’eh. Kito orang kapong jah.
… dan kat sini, aku membawa watak sebagai PA, yang membawa maksud Penasihat Akademik.
Artikel Yang Berkaitan
» Pesakit luar
» Warganegara
» Hadiah Angah
» Kenapa Perlu Cari Salah
» Tak mahu tak bertempat
» Barang Dah Sampai
» Silap bawak IC
» P.T.K


















mgkn kena laksanakan register subjek secara online…
lebih praktikal…
21 July 2008 : 10:20 pm
@wear
Mungkin. Tapi kat sini ada limitationnya bila ada sesetengah pelajar yang mengulang balik subjek dan perlu cari pensyarah dan buat jadual sendiri, sedangkan kita ada bilangan pensyarah yg terhad dan tak dapat nak serve permintaan subjek yg dikehendaki olh pelajr. So, mungkin nanti bila bilangan pensyarah dah mencukupi utk setiap subjek dan nisbah pensyarah:pelajar yg betul, sistem online boleh dilaksanakan.
21 July 2008 : 10:54 pm
ohoh salah nombor kah!?
mungkin ada langkah terbaik untuk uruskan semuanya dengan lebih tersusun tapi bergantung kepada bilangan tenaga pengajar juga.
22 July 2008 : 12:10 am
haha..camno bleh tersalah nombor sampai ke kelate nun. haha.. tapi kan , penoreh getah la ni pun pakai handphone tu. kira zaman dah berubah,dunia dah maju la nie.
22 July 2008 : 12:22 am
berhati2…jgn pisang berbuah 2 kali..hehe
22 July 2008 : 12:53 am
ayat yg last komen dari penyubiru tu ayat iklan lerrr..tapi aku tak suka
22 July 2008 : 1:49 pm
sedangkan ku pelajar pong pernah terlupa lecturer, inikan pule cikgu kepade anak2 muridnye ehehehe.
22 July 2008 : 11:30 pm
kesian ko kn kene cam tu
hahahhaa
tapi kn skg suma on9 mana ada cal2 dah kalau x letak kira cancel
22 July 2008 : 11:44 pm
heh..teringat dulu2 masa ambik subjek Termo masa kat u..penat la en mazudi kena contact students kalau macam ini..
23 July 2008 : 7:44 am
huhuhuhuhuh, mungkin juga budak itu sudah berhenti dan menoreh getah
23 July 2008 : 10:52 am
selepas tersalah nombor…dapat ker contact orang yang dikehendaki
23 July 2008 : 3:55 pm
Dia bagi nombor tepon ayah dia ke apa? Haih.
24 July 2008 : 1:09 am
Hahahahh… yang ko lak gi terjah je apasal?? mujur la tak kena maki dgn penoreh tuh…. mcm2 la ko ni.. Tapi PA aku kat UTM ni tak berfungsi mcm ko pun… rilek je… baik mcm takyah ada PA rasanya…
24 July 2008 : 10:07 am
aku rasa budak poli tu gadai handphone dia kat pakcik tu..tak dop duit nak byr yuran poli..zaman sekarang org kaya yg toreh getah…org kg aku pakai avanza pergi toreh getah..
25 July 2008 : 11:45 am
ha ha.. pnya la panjang lebar ko cakap.. leh diam plak org belah sana.. ha ha =)
*oh termodinamik*
27 July 2008 : 2:44 pm
hai en mazudi..salam..
en mazudi mengajar di poli dungun ke?
cousin sy ada mengajar di situ bersama wife skali…tak ingt jabatan mana..
28 July 2008 : 2:14 pm
en mazudi mengajar di poli dungun ke?
my cousin n wife ada gak mengajar situ..
28 July 2008 : 2:17 pm
Wakakakaka…..
incik… ini macam la…
ini ***tut****bin***tut** ke ??
Lepas dia jawap baru TEMBAK dia terus bg headshot
wakakakakakaakakakak :))
13 December 2008 : 4:28 pm