Syafique ada seekor ikan laga yang warna merah. Ikan tu kami beli kat pasar tamu Telipok time ambil dia dari sekolah. Dia yang pilih ikan tu. Tak tahu kenapa dia pick warna merah. Bila balik aku sediakan satu balang bulat yang transparent. Ada lagi batu yang berwarna tu dari akuarium yang pecah dulu, jadi aku masukkan sekali dalam tu. Diawal awal masa dia dapat ikan tu, cukup rajin dia jaga. Pagi pagi time sarapan, dia akan bagi sebiji makanan tu kat ikan tu. Bila balik dari sekolah dia check lagi sekali ikan dia. Kadang kadang bila petang petang selalu aku nampak dia main main ngan ikan tu. Itu empat bulan lepas.
Ikan laga ditempat kami di Kelantan dipanggil ikan sepilai. Ikan laga yang terdapat kat sawah padi di kampung tak secantik ikan laga yang aku beli untuk Syafique. Saiznya sama, tapi warnanya kebiru biruan dengan mata yang juga berwarna biru. Ada satu tanda (dot) hitam dekat badan dia. Saiznya yang kecil dan warna yang sedemikian agak menarik untuk dijadikan ikan peliharaan.
Ikan ni, time tu, boleh didapati dengan banyak kat sawah atau alur alur sungai. Banyak cara untuk tangkap ikan ni. Cara yang biasa aku buat ialah dengan menahan perangkap dimana satu tin susu diletakkan di kawasan yang selalu dia bermain. Kalau time dia bertelur, ikan sepilai ni akan ada buih (yang terdapat telur dia tu). Dekat buih ni ada ikan laga jantan (ikan laga jantan lebih cantik dari ikan laga betina, ikan laga betina takder value pun) yang jaga buih dia. Bila kita letakkan tin susu yang terbuka satu bahagiannya, ikan laga tersebut akan senang hati dan menganggap tin susu tu rumah dia, jadi dia akan masuk ke dalam tin tersebut. Selepas dua atau tiga jam kemudian, biasanya selepas balik makan nasi apa semua, boleh la kita pergi ambil perangkap tu tadi yang berisi ikan laga di dalamnya. Tak semuanya juga bernasib baik.
Ikan yang telah masuk perangkap tadi akan dibawa pulang dan dimasukkan kedalam botol minuman yang transparent warnanya. Susah nak dapat botol transparent time aku kecik dulu. Sebab tu kalau jual kat Keling botol, harganya lebih mahal dari botol yang berwarna coklat. Makanan utama ikan peliharaan ini ialah jentik jentik. Jentik jentik ni pula boleh diperolehi dengan banyaknya kat tempayan yang digunakan untuk jeruk buah pinang. Orang tua tua cakap buah pinang jeruk ni lebih sedap bila dimakan bersama sirih dan gambir. Aku tak sempat try sebab generasi aku bukan lagi generasi yang makan sirih. Disebabkan tempayan pinang jeruk ni jugak la nyamuk banyak kat kampung. Jadi bila bela ikan laga, bolehla juga mengurangkan jumlah nyamuk tu. Tapi takder pula yang kena denggi time tu.
Bila terdapat ramai kawan kawan yang mempunyai ikan laga, timbul satu rasa untuk membandingkan ikan ikan tu antara kami. Salah satu caranya ialah beradu kekuatan ikan tu. Sesuai dengan namanya ikan laga, kami memang gunakannya untuk berlaga. Ikan yang nak digunakan untuk berlaga perlu lah mempunyai ciri ciri tertentu yang menunjukkan keberaniannya. Selain dari mendapatkan ikan laga yang bersaiz lebih besar dari average, warna ikan yang kehitam hitaman juga dikatakan mempunyai sifat keberanian yang tinggi. Terdapat juga antara kawan kawan aku yang lebih kreatif menanam botol ikan laga tu tadi kat dalam tanah sampai dua tiga hari sebelum masuk bertanding supaya ikan tu lebih berani. Pada pandangan mereka, ikan yang diletakkan ditempat yang gelap dan tak jumpa sapa sapa, bila keluar saja dari tempat gelap tu tadi, ikan tu akan jadi garang.
Untuk melakukan acara berlaga, dua ekor ikan laga yang nak bertanding akan dimasukkan kedalam botol atau bekas yang lebih besar bagi memberi ruang pada mereka. Ikan akan berlaga bila bertemu antara satu sama lain. Cara dia menyerang adalah dengan menggunakan mulut. Dia akan mematuk dan menggigit pihak lawan sehinggalah salah satu akan mengalah. Istilah kami untuk ikan yang melarikan diri bila kalah ialah “chulla”.Sekali seekor ikan kalah, dia tidak akan berlawan dengan mana mana ikan lagi seumur hidupnya. Hukuman untuknya adalah dibuang balik dekat sawah. Saat yang menyeronokkan bila berlaga ikan ialah bila dua dua mempunyai kekuatan yang sama, terdapat adegan bila kedua dua menggigit mulut masing masing macam bercium tu, dan ada yang sampai tercabut bibir dia. Ikan laga akan mengeluarkan satu bunyi “krrr..” bila berlawan yang menambahkan lagi keseronokan penonton.
Tidak ada hadiah untuk mereka yang menang, tapi dia akan punya prestij tertentu bila namanya disebut sebut sebagai tuan punya ikan laga yang hebat. Setiap orang akan cuba untuk mencari ikan laga yang lebih hebat dari mana mana lubuk, mana mana alur, mana mana sungai untuk mengalahkan nya. Namun begitu, tidak ada pertaruhan dan jual beli dalam permainan ikan laga di kampung kami.
Dua hari lepas bila balik dari kerja,selepas lama tak nampak ikan tu, tetiba aku terlihat ikan laga Syafique bertukar balang. Kecik betul balang yang ni. Sampai ikan tu tak boleh nak berenang dalam posisi yang lurus, ditambah lagi dengan lima biji batu warna tu. Aku tanya dia kenapa tukar tempat. Dia cakap dia dah tak suka lagi bela ikan tu. Ikan tu dah tua dan dah tak suka berenang lagi, tidur jer. Patutla aku nampak kat dalam bekas kecik tu pun relax jer ikan tu.
Sini mana ada sawah untuk buang ikan ni.
December 3rd, 2007 at 8:23 am
aduhai sabo jek laaa buleh plak dia tuko masuk kan ikan tu dalam balang kecik yer hahahaha
December 3rd, 2007 at 10:07 am
Hohoho..Ikan laga, faveret dulu2…Tapi aku minat simpan ikan semilai karin.. =)
December 3rd, 2007 at 10:13 am
I love fish very much..may be because of my zodiac, PIECES. Ado duo ekor ikan lampan jawa kawe mapoh maso nak tukar air akuarium.. Sapa ke lo ni sipe dlm peti sejuk..nok makey tak tergamok..
December 3rd, 2007 at 12:12 pm
dulu memang aku pun minat ikan laga, skrang lagi suka ikan gapi.. D
December 3rd, 2007 at 12:57 pm
teringt zmn kanak² plak…
zmn kanak² kta x jauh,smpt lg merasa suasana tangkap ikan di bendang!
December 3rd, 2007 at 2:43 pm
dulu2 penah cari ikan laga kat bendang..org kedah pangil ikan karin( sebutan r tu tebal sket no)..hehe.
suka tengok time dia kembangkan ekor..
December 3rd, 2007 at 7:36 pm
salam… huish sebut bab ikan laga nih aku rajin gak time kecik2 dulu (macam tua sgt jerk aku nih). Main ngan kawan2 serta adik2 kat rumah syok.
tapi aku dah tak igt ler ikan warna aper sebab time tuh darjah 3-4 ler… lama dah dgt ot… paling suka ikan laga warna hitam dgn stripe merah… brutal gila
December 4th, 2007 at 7:12 am
masa kecik aku adik beradik pon suka main ikan lagi tapi we all x letak dlm botol sama. letak dlm botl berlainan dan biar dia berlaga dgn dinding bila botol tu dirapatkan. lepas tu rasa cam kejam sanagat..terus tak main dah..tapi ikan laga mmg cantik..aku rasa lebih cantik dari ikan emas..esp. bila dia dah nak lawan n kembankan ’sayap’nya…
December 4th, 2007 at 11:05 am
@ayu,
Tu la pasal. Bila dia dah tak suka, dia cuba jugak untuk tak nak menyelesakan ikan tu.
@Bat,
Kat kampung aku tu takder ikan semilai karrin laa…
@SiddiQ,
Sampai hati ker nak makan?
@aman,
Guppy saiz dia kecik sikit kan. Lagipun sesuai untuk akuarium.
@wear,
waaa… sempat berkubang jugak eek?
@zwit
Yer. Time dia mengembang tu yang syok tu.
@madnilk,
Ada ker ikan laga yang ada stripe? Takder pulak kat kampung aku.
@titicaca,
Bila nak betul betul berlaga, memang ikan tu letak dalam dua botol pastu kasi adu dulu. Bila dah mengembang sirip dia tu, baru masuk dalam satu bekas. Memang ada unsur unsur kejam la kat situ.
December 5th, 2007 at 12:41 pm
akak aku tu mmg kejam dari dulu lagi…
December 5th, 2007 at 3:19 pm
lerr kesian nasib si ikan…ehehehe sudah tua tidak berguna..budak2 biasalakan..suka kejap jerr…pernah terbaca color terang bagus utk merangsang otak kanak2..biasanya dia org pun suka color terang
December 6th, 2007 at 6:20 pm
Aku masih tak berapa kenal lagi ikan laga itu macamana. Kalau ikan ‘tempolo’ [bahasa Jawa] aku kenallah. Sama ke?
December 8th, 2007 at 11:17 pm
Wuih…sejarah ikan laga.. aku dulu dok bela gak ikan laga.. hehehe
syiok woo
March 25th, 2008 at 8:27 pm
Cayalah citer ko… bisa mengembalikan kenangan dolu2!
April 1st, 2008 at 9:48 am
Peminat ikan laga boleh lwati web berikut
April 1st, 2008 at 9:49 am
http://www.freewebs.com/bettashop/stokikanlaga.htm