Masalah dengan Anjing yang lepak kat tangga rumah


Aku dibesarkan dikampung dengan culture yang menganggap anjing adalah binatang yang tak boleh nak bagi muka. Masa kecik kecik dulu anjing tak ramai kat kampung, so kalau ada anjing yang tersesat sekor dua masuk kampung, memang pendek umur dia.

Bila awal awal masuk ke Politeknik ni dulu tahun 2002, anjing memang dah ramai dibiakkan kat sini oleh orang filipin yang kerja buat Politeknik ni. Dia punya keturunan anjing tu memang sampai sekarang ada kat sini. Lagi pula species menatang ni memang cepat biak. Jadi banyakla anjing yang sentiasa berkeliaran kat kawasan politeknik ni. Kat mana mana jer ada anjing.

Pernah satu masa ada sekor anjing ni pergi buat port kat depan pintu rumah aku. Firstly mungkin dia sakit, so selalu tidur kat depan pintu rumah aku. Habis cara untuk halau dia, dengan batu, dengan kayu, dengan mulut semua tak pakai. Balik jer ada kat rumah. Sampai ada sekali dah masuk dalam area rumah. Sakit nyer hati bukan main. Pukul anjing tu dengan batu sampai terkencing kencing kat dalam rumah. Dah satu lagi masalah nak kena samak. Setelah dekat dua bulan lebih anjing tu kat situ, last last lari jugak. Itupun sebab ada satu lagi geng anjing lain yang lebih berkuasa kat situ halau dia. Kalau tak rasa nya sampai sekarang rumah aku tu jadi port dia.

Dah banyak kali ada operasi tangkap anjing dibuat kat area ni. Tapi tu la, tak habis habis jugak. Last week rasa nya ada lagi bunyi anjing kena tembak. Dah kurang dah sikit sekarang ni. Tengok laa dua tiga minggu lagi ada la lagi yang keluar bawak anak kecik lima nam ekor lagi. Nak tunggu next operasi semua anak kecik tu dah besar dan terus biak.

Dalam banyak banyak anjing dan banyak banyak orang yang tinggal kat sini yang tak bagi muka kat anjing tu, ada jugak golongan orang yang melindungi anjing anjing tu. Orang melayu yang
beragama islam lagi tu. Siap kasik makan dan masuk dalam rumah. Sampai tahap time orang buat operasi, siap sound orang yang buat operasi tu supaya jangan tangkap anjing. Ada jugak yang hidup bersama anjing.

Mungkin aku dilahirkan dalam budaya yang tersalah anggap tentang anjing.