Tag Archive | "Dungun"

Tags: , , ,

Nasi Dagang Dungun, Terengganu

Posted on 11 August 2008 by mazudi

Kalau kalian datang ke Terengganu, menjadi satu kewajipan untuk kalian merasa nasi dagang Terengganu.  Biasanya nasi dagang ni dihidangkan sebagai sarapan pagi kat sini. kebanyakan warung dan kedai makan kat Dungun ni, bila kalian masuk untuk bersarapan, akan ada nasi dagang yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang.  Satu keunikan yang ada padanya disamping menggunakan gulai ikan tongkol sebagai lauknya serta ditambah dengan acar timun. Harganya dikala semua harga barang naik ni secara puratanya ialah RM2.50.
Sambungan

Comments (20)

Tags: ,

Terima Kasih Hospital Dungun

Posted on 03 August 2008 by mazudi

Telah banyak aku dengar cerita cerita yang kurang menyenangkan bila bawa isteri untuk bersalin dihospital kerajaan. Lebih lebih lagi bila hospital daerah yang kecil seperti di Dungun ini. Sebelum kami berpindah ke sini, ibu bersalin di KK. Hospital kat sana besar dan agak tidak adil kalau nak banding dengan hospital daerah seperti Dungun. Jadi, expectation kami hanyalah untuk menerima layanan yang paling minima berbanding sejarah sebelum ini dihospital yang lebih besar.
Sambungan

Comments (11)

Tags:

Sejarah Awal Dungun

Posted on 16 July 2008 by mazudi

Semalam jumpa satu kawan lama zaman sekolah menengah dulu sewaktu aku dan kawan sepejabat sedang sarapan pagi kat Jalan UITM sana. Aku sombong katanya bila dia mula tegur aku dulu, padahal aku takut kalau tersilap orang. Bila dah jumpa, walau dalam masa yg singkat, banyak sejarah tentang zaman tu yang dibangkitkan kembali. Termasuklah sejarah beliau yang dah 13 tahun dah mengajar kat pekan Dungun ni.
Sambungan

Comments (12)

Tags: , ,

Imej Imej Pegun Sekitar Dungun

Posted on 28 June 2008 by mazudi

Sambungan

Comments (18)

Tags: , ,

Tanjung Jara

Posted on 06 April 2008 by mazudi

Wife aku suka dengan tempat ni. Jarak dia dalam 15 Kilometer dari rumah kami. Agak confius bila ikut sign board yang terdapat pada jalan biasa melalui Kuala Dungun sebab ada satu lagi tempat yang dipanggil Teluk Bidara. Sekarang ni pun masih lagi tak pasti samada tempat ni Tanjung Jara atau Teluk Bidara. Mungkin juga ada tempat lain untuk lokasi yang satu lagi yang aku tak tau. Anyway, cantik pantai kat sini. Tak ramai orang yang ada bila kami tiba semalam. Jadi, agak selesa dan anak anak aku boleh berlari sana sini tanpa ada nak risau kalau kacau sapa sapa.

Ini antara imej yang sempat dipegunkan. Sambungan

Comments (11)

Tags: , ,

Minyak Masak Pulak

Posted on 09 January 2008 by mazudi

Sebelum datang Dungun dengan family semua hari tu kami dah start shopping barang barang dapur kat Kuantan. Time tu dah qurious dah sket kenapa minyak masak kat situ tinggal yang mahal mahal jer semua. Tak der satu pun minyak masak yang biasa aku beli ada kat situ. Ok la. Ingatkan kat situ takder so, nanti boleh beli kat Dungun.  Lagipun minyak masak benda yang common, mana mana boleh dapat.

Besoknya, first day aku kat Dungun, satu pekan Dungun aku pusing cari minyak masak, satu pun takder. Bukan jer yang murah, tapi semua species minyak masak takder kat kedai kedai biasa kat sini. Sambungan

Comments (11)

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading...

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :1,190,688
    Technorati :262,935

  • Backlink

  • Google :32
    Yahoo :0
    AltaVista :889
    AllTheWeb :184
    AOL :0

  • RSS Subscriber

  • Feedburner :0

Statistik

  • Comment :763
    Post :580
    Hits :  1488

META