Bookmark and Share


Twitter » 

Tag : ‘Dungun’

Nasi Dagang Dungun, Terengganu

11 August 2008 | 7:30 am

Kalau kalian datang ke Terengganu, menjadi satu kewajipan untuk kalian merasa nasi dagang Terengganu.  Biasanya nasi dagang ni dihidangkan sebagai sarapan pagi kat sini. kebanyakan warung dan kedai makan kat Dungun ni, bila kalian masuk untuk bersarapan, akan ada nasi dagang yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang.  Satu keunikan yang ada padanya disamping menggunakan gulai ikan tongkol sebagai lauknya serta ditambah dengan acar timun. Harganya dikala semua harga barang naik ni secara puratanya ialah RM2.50.
Seterusnya… »

Terima Kasih Hospital Dungun

3 August 2008 | 7:21 am

Telah banyak aku dengar cerita cerita yang kurang menyenangkan bila bawa isteri untuk bersalin dihospital kerajaan. Lebih lebih lagi bila hospital daerah yang kecil seperti di Dungun ini. Sebelum kami berpindah ke sini, ibu bersalin di KK. Hospital kat sana besar dan agak tidak adil kalau nak banding dengan hospital daerah seperti Dungun. Jadi, expectation kami hanyalah untuk menerima layanan yang paling minima berbanding sejarah sebelum ini dihospital yang lebih besar.
Seterusnya… »

Sejarah Awal Dungun

16 July 2008 | 11:00 pm

Semalam jumpa satu kawan lama zaman sekolah menengah dulu sewaktu aku dan kawan sepejabat sedang sarapan pagi kat Jalan UITM sana. Aku sombong katanya bila dia mula tegur aku dulu, padahal aku takut kalau tersilap orang. Bila dah jumpa, walau dalam masa yg singkat, banyak sejarah tentang zaman tu yang dibangkitkan kembali. Termasuklah sejarah beliau yang dah 13 tahun dah mengajar kat pekan Dungun ni.
Seterusnya… »

Imej Imej Pegun Sekitar Dungun

28 June 2008 | 1:14 pm

Seterusnya… »

Tanjung Jara

6 April 2008 | 10:57 pm

Wife aku suka dengan tempat ni. Jarak dia dalam 15 Kilometer dari rumah kami. Agak confius bila ikut sign board yang terdapat pada jalan biasa melalui Kuala Dungun sebab ada satu lagi tempat yang dipanggil Teluk Bidara. Sekarang ni pun masih lagi tak pasti samada tempat ni Tanjung Jara atau Teluk Bidara. Mungkin juga ada tempat lain untuk lokasi yang satu lagi yang aku tak tau. Anyway, cantik pantai kat sini. Tak ramai orang yang ada bila kami tiba semalam. Jadi, agak selesa dan anak anak aku boleh berlari sana sini tanpa ada nak risau kalau kacau sapa sapa.

Ini antara imej yang sempat dipegunkan. Seterusnya… »

Page 2 of 3
«123»