Aku hantar emel kat satu student aku. Bukan nak tanya kabar atau nak suruh tengok gambar yang aku attach kat email tu, tapi nak suruh dia hantar buku aku yang dia pinjam sebelum exam dulu. Bila takder apa apa respon dari dia selepas dua tiga hari, aku pun cari nombor telefon dan SMS kat dia. Tak sampai lima minit lepas tu dia reply dan sejam kemudian buku aku tu dah ada kat atas meja aku. Terdetik di kepala aku yang penggunaan emel di era ini bukan lagi satu kaedah komunikasi yang seefektif era sembilan puluhan dulu. Sambungan

