Tag Archive | "Kehidupan"

Tags: , , ,

Silap Jadual

Posted on 23 April 2008 by mazudi

Salah satu perkara yang mungkin menakutkan juga dalam hidup ialah bila kita tersilap tengok jadual atau apa apa schedule, atau mungkin juga kita mati mati konfiden bahawa masa yang kita berada tu adalah masa yang sebenarnya. Sekiranya kita sedar dengan sendiri akan kesilapan tersebut, keadaan mungkin akan jadi normal, tapi apa kata kalau yang membuatkan kita sedar akan kesilapan tersebut adalah orang lain atau situasi tertentu, yang mungkin ekstrem.
Continue Reading

Comments (8)

Tags: , , ,

Barang Dah Sampai

Posted on 21 January 2008 by mazudi

16 Januari 2008

Aku: Hello. Barang saya dah sampai ker?

Forwarding : Ya. Incik nyer barang dah ada kat Port Klang, dalam proses nak keluar dari Port. Mungkin 18hb ni dah boleh sampai kat rumah incik. Boleh kami mintak address dengan no telefon incik tak?

Aku : Ok. Ini address saya. xxxx, Dungun, Terengganu. Dan ini no tepon saya, 016-xxxx.

Forwarding : Tq. Continue Reading

Comments (12)

Tags: , ,

Dibawah Paras Minima

Posted on 04 January 2008 by mazudi

Dulu time jadi student aku berpuas hati dengan kehidupan aku yang seadanya. Maksud aku, boleh hidup dan enjoy dengan sumber yang minima. Nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat boleh pakai public transport. Bila boring boleh pergi tengok TV kat  bilik TV asrama. Bila nak pakai PC boleh pergi ke lab computer kat kampus. Baju dua tiga pasang kat dalam locker pun dah kira cukup.  Semuanya simple dan tak perlu nak pikir pasal bajet atau apa apa masalah yang lain. Harta yang ada time tu cuma satu radio cassette player yang sentiasa berbunyi kat bilik hostel. Itupun ada yang kata aku dah berharta.

Hari ni masuk hari keempat aku dan family aku hidup dibawah paras minima. Continue Reading

Comments (10)

Tags: , ,

Cari Rumah Sewa di Dungun.

Posted on 30 December 2007 by mazudi

Sebelum balik hari tu dah call kawan kawan kat Dungun untuk tengok tengok kalau ada rumah untuk disewa. Disebabkan sekarang musim cuti, jadi dorang pun takder masa juga untuk cari dengan serius, tapi mereka cuba tanya tanya macam tu jer la. Semalam satu hari dekat Dungun cari rumah dengan Zainuddin. Continue Reading

Comments (10)

Tags: , ,

Proses Pindah

Posted on 28 December 2007 by mazudi

Sebenarnya surat permohonan untuk berpindah aku dah buat dalam bulan June 2006 hari tu lagi. Terlalu banyak meja yang surat tu kena singgah sehinggalah pada bulan Oktober 2006, permohonan pindah aku dibawa ke mesyuarat perpindahan di Putra Jaya. First meeting agak mengecewakan sebab permohonan aku kena KIV dulu sebab nak bagi peluang pada orang lain. Second meeting, permohonan aku di KIV kan lagi dengan sebab yang aku tak tau. Nasib baik ada kawan dekat Putra Jaya yang sudi nak tolong dan bawa surat permohonan aku terus jumpa Dato’ Ketua Pengarah. Baru mereka tahu yang aku dah lapan tahun kat Sabah dan memang layak untuk dipertimbangkan untuk pindah. Pada 17hb Disember 2007 aku dapat surat pindah dan kena lapor diri di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada 01hb Januari 2008. Continue Reading

Comments (7)

Tags: ,

Syafique Ada Ikan

Posted on 02 December 2007 by mazudi

Syafique ada seekor ikan laga yang warna merah. Ikan tu kami beli kat pasar tamu Telipok time ambil dia dari sekolah. Dia yang pilih ikan tu. Tak tahu kenapa dia pick warna merah. Bila balik aku sediakan satu balang bulat yang transparent. Ada lagi batu yang berwarna tu dari akuarium yang pecah dulu, jadi aku masukkan sekali dalam tu. Diawal awal masa dia dapat ikan tu, cukup rajin dia jaga. Pagi pagi time sarapan, dia akan bagi sebiji makanan tu kat ikan tu. Bila balik dari sekolah dia check lagi sekali ikan dia. Kadang kadang bila petang petang selalu aku nampak dia main main ngan ikan tu. Itu empat bulan lepas. Continue Reading

Comments (16)

 

HAPPY-O-Meter


BLOGGER

    Loading

ADS

MESEJ

ADS

BLOG INFO

Ranking

  • Pagerank :3/10
    AlexaRank :918,054
    Technorati :0

  • Backlink

  • Google :49
    Yahoo :1,921
    AltaVista :875
    AllTheWeb :336
    AOL :0

Statistik

  • Comment :586
    Post :552
    Hits :  732391

META