PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS

20131223-161509.jpg

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga
mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan
terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam
berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.
Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar
35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa
Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!
Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di
selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau
beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.
Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi
akan “flip” di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan ” flip” peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar
air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.
Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan
tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku “flip” pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat
melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan
dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan “sun spot”.
Manakala “flip” juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami
dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui keranasemuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W ”
β€œ.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya
menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai ”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), “Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan
seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan
bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap
abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya
memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung
depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar
terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat”.

Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar β€œ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.
Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan
keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.-
Harakatul Muqawamatul
Islamiyyah…