Sebenarnya surat permohonan untuk berpindah aku dah buat dalam bulan June 2006 hari tu lagi. Terlalu banyak meja yang surat tu kena singgah sehinggalah pada bulan Oktober 2006, permohonan pindah aku dibawa ke mesyuarat perpindahan di Putra Jaya. First meeting agak mengecewakan sebab permohonan aku kena KIV dulu sebab nak bagi peluang pada orang lain. Second meeting, permohonan aku di KIV kan lagi dengan sebab yang aku tak tau. Nasib baik ada kawan dekat Putra Jaya yang sudi nak tolong dan bawa surat permohonan aku terus jumpa Dato’ Ketua Pengarah. Baru mereka tahu yang aku dah lapan tahun kat Sabah dan memang layak untuk dipertimbangkan untuk pindah. Pada 17hb Disember 2007 aku dapat surat pindah dan kena lapor diri di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada 01hb Januari 2008. Sambungan

